Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Kuliah di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika dibawah pimpinan Prof.Dr.Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan Al-Azhar, dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir pada awal bulan 12. Peperiksaan bagi semester pertama, biasanya akan dijalankan pada bulan 1. Selepas peperiksaan tamat, akan bermula ‘winter break’ selama 2 minggu.

Manakala, semester kedua akan bermula pada akhir bulan 2 dan berakhir pada awal bulan 5, oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan 6, pelajar diberi masa selama beberapa minggu untuk mengulang kaji secara sendiriran. Dan selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

Penempatan Utama Pelajar

Penempatan utama yang dihuni oleh pelajar dari universiti Al-Azhar adalah di kawasan sekitar kampus , seperti Hayyu Sabi’, Hayyu Asyir dan terdapat juga pelajar yang menginap di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau sekarang dikenali sebagai Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) yang mana mengambil masa selama 20 minit untuk ke kampus.

Kebanyakan pelajar (akhawat) lebih suka untuk mendiami rumah BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) kerana kos hidup yang jauh lebih murah selain mendapat perlindungan yang sempurna.

**Kawasan di sekitar Kaherah terdapat banyak rumah BKAN dari pelbagai negeri.

Image result for alazhar

Pengangkutan Utama

Teksi – Pilihan utama bagi mereka yang berkemampuan, inginkan suasana yang selesa, dan cepat sampai ke destinasi yang di tuju.

Tremco / Van angkut – Pengangkutan utama bagi pelajar di Mesir, murah dan cepat tapi kebanyakan pemandu memandu dengan berbahaya.

Bas – Pengangkutan utama selain tremco, murah dan berbaloi, perjalanan yang santai dan selamat, tapi sangat sesak dan tidak selesa pada waktu puncak.

Metro / Kereta api – Perkhidmatan pengangkutan yang terbaik, cepat dan selesa kecuali pada waktu puncak, tetapi kawasan laluannya terhad dan hanya berhenti di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Motosikal / kereta sewa – terdapat juga khidmat sewa motosikal dan kereta dengan harga yang berpatutan oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri.

 

PERUBATAN DAN PERGIGIAN


Menariknya di Universiti Al-Azhar, pelajar lelaki akan diasingkan daripada pelajar perempuan. Ini bermakna mereka akan ditempatkan di kelas yang berbeza mengikut jantina.
Majoriti universiti di Mesir masih mengamalkan sistem konvensional dalam teknik pengajaran berbanding fakulti-fakulti perubatan di dunia sekarang yang kebanyakannya telah bertukar kepada sistem integrasi.
Sistem konvensional menekankan aspek teori terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada aspek klinikal. Antara universiti yang menggunakan sistem konvensional adalah Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams, Universiti al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Zaqazig dan Universiti Mansurah (konvensional). Manakala universiti yang menggunakan sistem integrasi hanyalah Universiti Iskandariah dan Universiti Mansurah (Manchester program).

Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding)

Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama, ia memudahkan pelajar bangsa Melayu untuk lebih memahami ilmu tanpa perlu bersusah payah menterjemahkan bahasa Arab terlebih dahulu. Lebih menarik, kebanyakan tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar adalah merupakan ketua jabatan subjek atau orang lama di jabatan tersebut, di mana mereka amat berpengalaman dan pernah bekerja di negara-negara lain selain amat fasih berbahasa Inggeris.

MoU merupakan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Ada juga universiti-universiti lain di Mesir yang menjalankan kelas secara MoU, namun, berbezanya Universiti Al-Azhar daripada universiti yang lain adalah, pelajar di wajibkan untuk mengambil subjek-subjek agama dan wajib untuk menghafal Al-Quran sebagai subjek tambahan.

Lulusan Mesir yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan akan mendapat MB BCh, berbanding dengan universiti di Malaysia yang mana ada yang tamat dengan MB BS dan MD. Walau bagaimanapun, semua jenis ijazah tersebut adalah setara. Lulusan Mesir yang menamatkan pengajian dalam bidang pergigian pula akan mendapat BDS (Bachelor of Dental Surgery)

 

Bagi adik-adik yang ingin sambung belajar di luar negara, Daulah Educonsult jawapan yang tepat! Daulah Educonsult adalah syarikat bumiputera yang berjaya menghantar pelajar belajar dengan selamat.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here