Alor Setar, 1 April 2019 – Sebuah keluarga dari Kampung Haji Abbas, Baling tidak sedar mereka ‘ditemani’ seekor tedung selar ketika sedang leka menonton televisyen.

Tentunya perkara yang lebih buruk boleh terjadi jika sesiapa daripada anggota keluarga itu menjadi menjadi mangsa patukan reptilia berbisa sepanjang 6.5 meter itu.

Bagaimanapun, mujur keluarga tiga beranak itu terhindar daripada ancaman itu apabila dengusan haiwan itu didengari.

Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Faizol Ab Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8 malam Sabtu.

Mangsa, Helmiza Omar, memaklumkan bahawa terdapat seekor tedung selar di bawah meja kopi di ruang tamu rumahnya.

Kata Mohd Faizol, ketika anggotanya tiba di lokasi kejadian, ular berkenaan bertindak agresif dan berada dalam kedudukan yang sedia untuk menyerang.

Lebih 30 minit anggotanya ‘bertarung’, sebelum berjaya menangkap reptilia seberat hampir 10 kilogram itu.

Tiada kecederaan dilaporkan namun mangsa sekeluarga masih trauma dengan kejadian itu.

Ular itu kemudiannya dibawa balik ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada pihak Perhilitan.

APM menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan pintu rumah terdedah, hingga boleh mengundang reptilia itu masuk ke dalam rumah.

Namun sekiranya terserempak dengan reptilia itu, orang ramai dinasihatkan tidak bertindak sendirian dan menghubungi talian 999 untuk bantuan.

10 Tips elak ULAR masuk ke kediaman anda

  • Bersihkan perkarangan rumah
  • Elak dari tanaman merumpun
  • Tebas semak samun
  • Elak dari membuat kolam ikan
  • Tutup setiap lubang
  • Pastikan rumah sentiasa harum
  • Bersih dari tikus dan katak
  • Bela kucing atau haiwan yang boleh mencakar
  • Gertak ular
  • Tabur serbuk belerang

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here