Bulan Puasa Susah Nak Fokus Belajar? Ini Tipsnya!

0
974

Apabila sudah masuknya bulan Ramadhan, setiap umat Islam sudah mula menjalani ibadah puasa. Semasa di bulan puasa, sudah pasti ada di antara kita merasakan perubahan apabila melakukan aktiviti seharian. Jangan risau anda masih mampu melakukan aktiviti seharian anda. Bagi sesetengah orang, perubahan yang berlaku sering menyebabkan prestasi badan tidak optimum dalam aktiviti. Semua itu adalah kerana kita kekurangan persediaan dan tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan yang ada.

Terutamanya bagi yang masih bergelar pelajar. Belajar di bulan puasa merupakan cabaran dan juga memberi banyak manfaat. Semasa puasa tubuh anda mengalami dehidrasi dan penurunan kadar gula dalam darah. Akibatnya, badan anda menjadi mudah lemah dan mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian. Ini caranya untuk kekal fokus belajar di bulan puasa.

#1 Sahur Yang Berkhasiat

Makan makanan berkhasiat pada waktu sahur membantu tubuh kita kekal bertenaga semasa berpuasa. Daging, sayuran, dan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi menjadikan tubuh anda lebih banyak tenaga. Makanan dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang, ubi jalar, atau bubur kacang hijau, disertai dengan protein dari ayam, tempe, dan tauhu, dan serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan, atau mengikut sunnah nabi iaitu kurma yang penuh dengan khasiat, jadi itu adalah pilihan yang baik. Minum air juga wajib untuk badan kita kekal hidrat.

#2 Membuat List-To-Do

Membuat senarai aktiviti yang ingin anda selesaikan juga merupakan cara terbaik untuk menjaga fikiran anda. Bukan itu sahaja, senarai aktiviti yang anda buat boleh menjadi alasan yang baik untuk tetap produktif semasa Ramadan.

#3 Membuat Ulangkaji Selepas Sahur

Setelah sahur, ada baiknya belajar dan membaca 30-60 minit selepas subuh menjadi alternatif yang baik untuk kekal fokus.  Pembelajaran selepas subuh dan solat pagi adalah masa terbaik kerana otak anda masih segar dan mampu mencerna dengan betul.

Tidur selepas sahur sebenarnya membuatkan kita berasa lebih lemah apabila kita bangun. Hal ini disebabkan oleh kemungkinan kitaran tidur yang kita lalui tidak optimal, jadi lebih baik untuk memaksimakan tidur pada waktu malam, dan melakukan kegiatan ringan setelah subuh. Selain membaca kursus, kita boleh menggunakan masa ini untuk belajar.

#4 Tidur Yang Secukupnya

Jangan meremehkan masa rehat anda. Ramai pelajar sering mengantuk apabila proses pembelajaran berlaku kerana kurang tidur. Badan anda juga perlu dipertimbangkan, jika anda letih jangan dipaksa untuk terus bergerak. Cukup istirahat membantu otak anda berfungsi dengan baik.

#5 Tidur Sekejap Sebelum Zohor

Manfaatkan waktu sepanjang hari untuk tidur semasa terdapat peluang. Tidur yang singkat iaitu tidur sebelum zohor merupakan sunnah dan ianya membantu anda untuk merehatkan badan, dan mengaktifkan otak dalam memproses dan menghubungkan maklumat yang dapat anda lakukan semasa aktiviti pada waktu pagi.

Lima tips di atas akan menjadi sia-sia jika anda masih malas. Tanya diri anda terlebih dahulu apa tujuan anda untuk belajar  supaya anda boleh jadi lebih baik. Berusaha untuk  diri anda kerana tidak ada orang lain yang akan melakukannya untuk anda. Selamat belajar!

 

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Bagi mereka yang memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, kini anda boleh!

Anda tidak tahu syarat-syarat untuk belajar ke luar Negara dan serta bidang mana yang sesuai dengan anda?

Jangan risau! Daulah Educonsult dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Daulah Educonsult merupakan agensi yang berpengalaman menguruskan dan menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar Negara.

BERMINAT?

Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar Negara, anda boleh mengisi borang di SINI, atau boleh hubungi di talian Customer Service.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here