Kemeriahan bazaar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah pasti menarik minat pelanggan untuk membeli. Apabila kita lapar apa sahaja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan kesannya kepada kesihatan. Tetapi ramai tidak mengambil peduli tentang pemakanan sehinggakan mengakibatkan pembaziran.
Berikut merupakan jenis makanan yang sihat dimakan semasa berbuka :
#1 Kurma
Kurma merupakan menu wajib saat berbuka puasa. Adalah seeloknya jika kita tidak memakan makanan berat dahulu semasa hendak berbuka puasa. Jadi kurma merupakan makanan yang sesuai dan sihat.
#2 Madu
Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga pada jangka waktu yang lama. Selain itu, madu juga membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik.
#3 Air kosong
Apabila berpuasa, tubuh kita akan mengalami dehidrasi yang boleh menyebabkan lelah, sakit kepala dan susah untuk focus. Oleh itu, sangat di galakkan untuk meminum air kosong terlebih dahulu semasa berbuka puasa, agar air dalam tubuh yang kurang itu kembali normal.
#4 Buah buahan
Memakan buah buahan semasa berbuka juga sangat digalakkan kerana buah-buahan mudah dicerna oleh usus. Pilih buah yang mengandungi banyak air untuk mengatasi masalah dehidrasi dan pilih buah yang mengandungi serat kerana buah tersebut memudahkan pencernaan dan dapat mengembalikan kekuatan.
#5 Sayur sayuran
Memakan sayur sayuran semasa berbuka puasa boleh memudahkan proses pencernaan. Sayur sayuran yang disarankan adalah sayur sayuran hijau kerana ia mengandungi banyak nutrisi yang sangat berguna untuk tubuh.
#6 ikan
Ikan adalah sumber protein yang baik dan omega-3 asid lemak yang membantu dalam meningkatkan perkembangan otak dan memberikan kuasa anti-radang. Salmon dan tuna adalah ikan yang sihat dan mesra kanak-kanak di antara banyak pilihan lain. Vegetarian boleh memilih makanan sihat yang lain untuk memenuhi protein dan omega-3 asid lemak keperluan.
#7 telur
Telur sangat baik untuk menu berbuka puasa. Selain mudah dalam penyiapan dan penyajiannya, telur sangat mudah dicerna dan mengandung protein yang sangat tinggi.
[…] Sumber Gambar Deenamik […]