Memberi ucapan di hadapan orang ramai menjadi satu perkara yang agak ganjil bagi sesetengah individu. Hal ini terjadi kerana, mereka tidak biasa atau pun jarang berhadapan dengan khalayak ramai.

Situasi ini akan menyebabkan datangnya perasaan gemuruh yang mungkin agak sukar dikawal.

Di sini saya kongsikan tips tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika berhadapan dengan orang ramai.

1. Amalkan Senaman

Mungkin ramai yang tidak menyedari akan kepentingan bersenanm untuk mengurangkan rasa gemuruh. Antara jenis senama yang boleh dilakukan adalah seperti jogging, berenang dan juga berbasikal. Ini penting untuk kesihatan jantung juga.

2. Buat Persediaan Awal

Persediaan awal juga dapat mengurangkan rasa nervous kerana kita sudah bersedia dan memahami lebih awal apa yang perlu diucapkan atau di beritahu kepada orang ramai. Tips penting juga untuk berucap, jangan sesekali menghafal teks ucapan anda. Sebaliknya lebih memahami apa yang ingin disampaikan. Kerana takut-takut anda akan terlupa apa yang telah di hafal.

BACA JUGA :   KEPUTUSAN UPU DAH KELUAR TAPI BUKAN BIDANG YANG DIMINATI? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

3. Pastikan tidur dan rehat yang cukup

Apabila badan kita mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi secara tidak langsung ia akan membuatkan minda kita lebih cerdas. Minda yang cerdas pula akan membuahkan idea yang bernas. Ini sedikit sebanyak akan membantu untuk mengeluarkan input yang menarik bagi orang ramai terima.

4. Kontak Mata Pada Orang Yang Dikenali

Jika anda berasa gugup berada di hadapan ramai orang yang tidak dikenali, pastikan kontak mata anda hanya pada orang yang dikenali sahaja. Walaupun cara ini nampak seperti kaku di atas pentas, tapi percayalah, untuk permulaan ucapan anda ia akan sangat membantu!

Selamat Mencuba!

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

BACA JUGA :   Universiti di Poland Tawarkan Bidang International Business Management

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara.

Bukan calang-calang.Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form ini

atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/   untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here