Bila disebut tentang fobia, ramai yang tidak tahu mengenainya malah ada yang mempersoalkan mengenai definisi fobia itu apa dan sebagainya. Tetapi tahukah anda di dalam dunia, terdapat banyak jenis ketakutan atau fobia yang dialami oleh manusia. Fobia boleh dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya.

Menurut Persatuan Psikiatri Amerika, fobia adalah penyakit psikiatri yang paling biasa di kalangan wanita dan yang kedua paling biasa di kalangan lelaki. Institut Kesihatan Mental Kebangsaan mencadangkan bahawa fobia menjejaskan kira-kira 19.2 juta orang dewasa A.S.. Fobia ini biasanya muncul semasa zaman kanak-kanak atau remaja dan terus menjadi dewasa. Mereka juga memberi impak sebanyak dua kali ganda berbanding wanita.  Terdapat beberapa penjelasan mengapa fobia berkembang, termasuk teori evolusi dan tingkah laku. Walauapapun, fobia adalah keadaan yang boleh dirawat yang boleh diminimumkan dan bahkan dihapuskan dengan teknik terapi kognitif dan tingkah laku dan ubat.

Mari kita kenali 10 jenis fobia yang mungkin ada dalam diri anda dan patut diberi perhatian supaya ianya tidak memudaratkan kehidupan seharian manusia.

#1 AGORAPHOBIA

Ketakutan yang ketara iaitu tidak memasuki tempat yang terbuka atau sesak seperti pasar. Takut nak menghadapi orang ramai di kawasan yang terbuka. Mereka akan lebih selesa berada di dalam rumah atau dalam bilik sendirian.

BACA JUGA :   5 Kluster Baharu Muncul Dan 5 Kluster Ditamatkan

#2 ACROPHOBIA 

Takut kepada ketinggian. Kebanyakan orang mengalami tahap ketakutan semula jadi apabila terdedah kepada ketinggian, mereka takut apabila terlalu tinggi akan menyebabkan mereka jatuh. Mereka yang mempunyai fobia ini akan berusaha keras untuk menghindari tempat-tempat tinggi seperti jambatan, menara, atau tempat permainan yang tinggi.

#3 ARACHNOPHOBIA

Arachnophobia adalah ketakutan terhadap labah-labah dan araknid lain seperti kalajengking yang mengakibatkan seseorang  mengalami ketakutan berlebihan pada labah-labah. Pada umumnya, ramai orang lebih suka mengelakkan labah-labah kerana mereka berasa jijik, takut digigit, sehingga mereka dianggap haiwan tersebut beracun.

#4 ARSONPHOBIA

Arsonphobia adalah gangguan kecemasan di mana orang mengalami ketakutan kebakaran atau api yang menyala. Fobia ini juga boleh dikenali sebagai pyrophobia.

#5 CLAUSTROPHOBIA

Claustrophobia adalah ketakutan yang tidak munasabah di ruang tertutup atau ruang sempit. Fobia ini semulajadi untuk takut terperangkap apabila ada ancaman atau bahaya, tetapi mereka yang mengalami fobia ini akan menjadi takut dalam situasi di mana tidak ada bahaya yang jelas atau realisti. Apabila keluar, mereka akan mengelakkan ruang tertutup atau sempit, seperti lif, terowong, dan tandas awam.

BACA JUGA :   Universitas Trisakti Menjadi Pilihan Utama Bakal Siswazah Pergigian Kini!

 

#6 NYCTOPHOBIA

Nyctophobia adalah keadaan ketakutan melampau dalam gelap atau pada waktu malam. Nyctophobia juga boleh menyebabkan gejala kegelisahan dan kemurungan. Malah, fobia gelap ini boleh berlebihan, alasannya tidak masuk akal, dan boleh menjejaskan kehidupan harian anda.

#7  AUTOMYSOPHOBIA

Automysophobia, atau ketakutan yang berlebihan terhadap kuman dan kotoran, boleh menyebabkan seseorang melakukan pembersihan yang melampau, membasuh tangan kompulsif, dan juga mengelakkan perkara-perkara yang dianggap kotor oleh keadaan sekitar.

#8 COULROPHOBIA

Orang yang menderita koulropfobia berasa gelisah atau trauma apabila ternampak kelibat atau bercakap mengenai badut. Uniknya, koulropobia tidak didaftarkan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gangguan mental.

 

#9 ASTRAPHOBIA

Astraphobia adalah takut  akan kilat. Orang-orang dengan fobia ini mengalami perasaan takut yang sangat luar biasa apabila menghadapi cuaca begini. Gejala astraphobia selalunya hampir sama dengan fobia yang lain dan termasuk rasa takut, denyutan jantung yang cepat, dan peningkatan pernafasan yang laju.

#10 TRYPHOPHOBIA

Menurut Urban Dictionary, trypophobia ditakrifkan sebagai ketakutan pada lubang-lubang kecil atau bentuk asimetris yang membuat seseorang merasa gatal dan merasakan seluruh tubuh dan merasa tidak selesa.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here