Bilangan haiwan di negara boleh dikatakan semakin berkurangan disebabkan habitat terancam seperti pembalakan, pemburuan haram dan sebagainya. Jom lihat lima haiwan yang hampir pupus di negara ini.

1. Egyptian Tortoise

Eygptian Tortoise yang dikenali sebagai Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tidak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan kura-kura ini sudah dihantar ke Amerika dan di negara-negara lain bagi tujuan pembiakan dalam kurungan.

2. Fennec Fox

Fennec Fox telah mendiami kawasan Afrika Utara dan juga Timur Tengah. Haiwan ini belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka telah menerima ancaman dari aktiviti pembangunan dan perlancongan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah.

BACA JUGA :   Penyakit Kulit Menyerang Lembu Dan Kerbau Di Perak.

3. Mandarin Duck

Mandarin Duck mendiami Asia Timur sama seperti burung merak di mana haiwan jantan mempunyai bulu-bulu yang berwara warni manakala yang betina hanya berwarna plain. Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun masih dapat dijumpai di kawasan-kawasan Asia Timur. Menurut BBC, itik ini adalah salah satu itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang tidak sedap.

4. Sea Otter

Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu-bulu mereka. Populasi haiwan ini di Barat laut Pasifik telah berkurangan daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, penguatkuasa undang-undang telah meningkatkan populasi Sea Otter ini kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

BACA JUGA :   Tak Sabar Nak Masuk Universiti? Ini Dia Tips Berguna Untuk Anda

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here