Bagi anda yang suka travel mesti akan sentiasa alert berkenaan tiket flight murah, namun ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan tiket murah. Mustahil untuk mencari harga tiket percutian dengan lebih murah. Mengapa? Sebab harga tiket dapat memotong wang belanjawan terutama yang pergi travel secara bersendirian atau sebagainya. Baik! Ayuh ikuti tips mendapatkan tiket percutian dengan harga yang murah.
1.Semak Jadual Percutian
Sebelum bercuti, anda perlu melihat calendar dan menyemak tarikh percutian. Secara amnya semasa memasuki cuti sekolah dan harga tiket percutian sekolah akan naik atau biasa dipanggil musim puncuk. Oleh itu, elak bercuti pada cuti bermusim. Tambahan itu, jadual boleh digunakan sebagai rujukan untuk menentukan jadual cuti.
2. Semak Imbas Promosi Tiket
Sebelum melakukan perjalanan, anda harus bijak memilih promo dari agen perjalanan atau dari laman web rasmi syarikat penerbangan. Jangan lupa bandingkan setiap promo yang ditawarkan dan pilih yang terbaik.
3. Bandingkan harga tiket
Buat perbandingan tiket dengan mana mana laman web supaya tidak menyesal dalam membuat tempahan tiket. Terdapat banyak laman web yang boleh kita lihat dan bandingkan seperti Skyscanner,Kayak, CheapFlight dan banyak lagi.
4. Tempah Tiket Flight awal
Sekiranya tarikh tersebut sudah ditentukan, segera menempah tiket. Secara amnya, harga tiket yang ditempah 3 bulan sebelum hari berlepas akan lebih murah berbanding tempahan saat akhir.
5. Menyertai Trip Rombongan Secara Kumpulan
Bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan akan membolehkan anda mendapatkan pakej pelancongan dengan harga yang lebih rendah. Jadi, cari kumpulan perjalanan anda dan nikmati percutian yang sangat menyenangkan.
……………………………………………………………………………………………………………….
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.
BERMINAT?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
- Customer Service 1 : 018-9624322
- Customer Service 2 : 018-2429322
- Tuan Syed Fuad : 0132090322
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”