Houseman atau bahasa melayunya ‘Pegawai Perubatan Latihan Siswazah’ merupakan satu fasa praktikal seorang graduan perubatan sebelum diberi lesen penuh dan disahkan jawatan sebagai seorang pegawai perubatan. Praktikal perubatan adalah istilah yang digunakan di beberapa negara untuk menggambarkan seorang doktor dalam latihan yang telah berjaya tamat sekolah perubatan dan mempunyai ijazah perubatan. Fasa ini merupakan fasa yang penting kerana ia adalah fasa seorang pelajar ke alam pekerjaan. Dalam dunia kerjaya, kita bukan sahaja mempraktikkan teori-teori perubatan yang kita pelajari di universiti, namun ia memerlukan kemahiran komunikasi dan memahami carta aliran kerja serta prosedur di sesuatu jabatan.
PROSEDUR MEMOHON HO SETELAH TAMAT BELAJAR
1# Pastikan anda mempunyai Sijil MD / MBBS / MBBoH. Membuat terjemahan jika ditulis dalam bahasa asing. (diterjemah oleh universiti)
2# Membuat pendaftaran di Malaysia Medical Council (MMC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
3# Menyediakan segala dokumen yang diperlukan
Untuk maklumat lanjut mengenai cara pemohonan HO anda boleh terus layari Laman Web Rasmi MMC : http://www.mmc.gov.my/
PERSEDIAAN PALING PENTING sebelum melakukan HOUSEMANSHIP
- MEMPERBETULKAN NIAT & EKSPEKTASI
- BERSIAP SEDIA DENGAN KETAHANAN FIZIKAL
- SENTIASA FOKUS untuk sedia menerima arahan & ajaran baharu sepanjang tagging
- BERTANGGUNGJAWAB terhadap para pesakit di cubicle masing-masing
- BERSEDIA UNTUK BERKORBAN masa, tenaga dan emosi.
- RAJINKAN DIRI BERTANYA & BANYAK MENCUBA PROSEDUR-prosedur baru.
Jadi anda dah tahu serba sedikit mengenai housemanship ini? Anda boleh memilih bidang perubatan sebagai kerjaya dan impian anda pada masa hadapan untuk menjadi pakar perubatan!
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Bagi mereka yang memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan, kini anda boleh!
Anda tidak tahu syarat-syarat untuk belajar ke luar negara?
Jangan risau! Daulah Educonsult dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Daulah Educonsult merupakan agensi yang berpengalaman menguruskan dan menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar Negara.
BERMINAT?
Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar Negara, anda boleh mengisi borang Pra-Pendaftaran di SINI, atau boleh hubungi di talian Customer Service .