Adakah anda seorang yang berdengkur?

Saya pasti setiap orang pasti pernah menghadapi masalah berdengkur semasa tidur, dan ianya bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Namun, sekiranya anda berdengkur hampir setiap malam, ia mampu mengganggu kualiti tidur anda, menyebabkan kelesuan dan masalah kesihatan yang lain. Dengkur juga boleh mengganggu tidur orang lain, dan sekiranya anda mempunyai masalah ini, cuba ikuti tips serta langkah-langkah untuk kurangkan masalah berdengkur seperti di bawah ini.

Diantara sebab-sebab berdengkur ketika tidur

Dengkur berlaku apabila udara tidak boleh bergerak secara bebas melalui hidung dan tekak ketika tidur. Keadaan ini menyebabkan tisu di sekeliling hidung dan tekak bergetar, menghasilkan bunyi yang kita kenali sebagai ‘dengkur’. Mereka yang mempunyai masalah dengkur selalunya mempunyai tisu tekak dan tisu hidung yang berlebihan, atau tisu yang ‘floppy‘ yang lebih cenderung untuk bergetar.

Diantara cara mengurangkan dengkur:

  1. Naikkan kedudukan kepala ketika tidur

Naikkan posisi atau kedudukan kepala 4 inci mampu membantu pernafasan yang lancar dan menggalakkan lidah dan rahang bergerak ke depan. Terdapat bantal khas yang direka bagi tujuan mengurangkan dengkur dengan memastikan keselesaan otot leher.

  1. Tidur mengiring berbanding tidur membelakangkan badan

Sunnah Rasulullah menggalakkan kita untuk tidur mengiring ke kanan. Tidur mengiring memudahkan proses pernafasan manusia. Tidur membelakangkan badan menyebabkan lidah, dagu dan lebihan lemak tisu di bawah dagu menutup saluran pernafasan. Tidur mengiring mengelakkan hal ini berlaku, melancarkan pernafasan.

BACA JUGA :   Tabiat Penyebab Bibir Anda Kering dan Pecah

3. Pakai alat Anti-Dengkur

Alat ini membantu membuka laluan pernafasan dengan menurunkan bahagian bawah rahang dan mendepankan lidah ketika tidur. Alat ini mungkin sedikit mahal, namun terdapat banyak lagi alat anti-dengkur lain sebagai alternatif.

4. Bersenam mengurangkan dengkuran

Bersenam secara umumnya boleh mengurangkan masalah dengkur, walaupun berat badan tidak menurun. Ini kerana apabila bersenam menggunakan otot badan anda seperti lengan, kaki dan perut, otot-otot di tekak juga terkesan, seterusnya mengurangkan kesan dengkur.

Masalah dengkur adalah masalah kesihatan fizikal yang serius, dan mampu menyebabkan hubungan anda tegang sama ada dengan pasangan mahupun rakan sebilik. Sekiranya semua langkah-langkah di atas tidak memberi kesan kepada masalah dengkur anda, dapatkan rawatan medikal daripada doktor yang bertauliah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mengurangkan masalah dengkur anda, dan anda dapat tidur seperti seorang bayi.

BACA JUGA :   ‘Man Boobs’ Dalam Kalangan Lelaki - Normal atau Tidak

Dapatkan artikal penuh di https://iluminasi.com/bm/10-cara-mudah-mengurangkan-masalah-dengkur-ketika-tidur.html

…………………………………………………………………………………………………………………..

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here