Rata-rata ibu bapa sangat memberikan penekanan kepada pendidikan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Kebanyakannya sudah pun mula menghantar anak mereka mendapatkan pembelajaran awal disekolah-sekolah dan taska-taska. Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa berusaha keras dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Bagi mendapatkan bidang pengajian yang diimpikan tidaklah semudah yang disangka jika tiada usaha yang dilakukan. Kita percaya bahawa semua ibu bapa mempunyai impian yang tinggi untuk melihat anak mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, ada beberapa hal yang membuatkan impian mereka tidak terlaksana antaranya ;

i) Ibu bapa kurang yakin dengan tahap keupayaan anak-anak

ii) Pelajar gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

iii) Terpilih ke universiti tetapi bukan dalam bidang yang diminati.

iv) Kos yuran pengajian kolej swasta terlalu mahal dibandingkan dengan di luar negara

 

Ini antara beberapa hal yang kebiaasaan terjadi kepada mereka diluar sana. Kini usah bimbang, penubuhan Daulah Educonsult Sdn Bhd  bakal membantu anda dalam menjayakan cita-cita anda dalam menyambung pengajian ke universiti dalam bidang yang diminati.

Daulah Educonsult lebih dikenali masyarakat dengan nama singkatan nya iaitu Daulah , syarikat ini begitu komited dalam menjalankan usaha berterusan dalam memberikan bimbingan dan nasihat pendidikan di dalam mahupun luar negara disamping mengurus pelajar secara keseluruhan dan proses kemasukan pelajar ke universiti.

Pengurusan yang pada awalnya diuruskan secara sendiri oleh Pengarah Urusan Daulah Educonsult iaitu Tuan Syed Fuad bin Syed Othman yang dimulakan pada tahun 2008 lagi. Beliau telah mempunyai pengalaman menguruskan kemasukan pelajar ke Mesir sejak tahun tersebut lagi.

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Pengajian Islam di Universiti Terbaik di Indonesia

Kemudian atas faktor komited dalam memberikan khidmat nasihat pendidikan dan sering memberikan pandangan tersendiri beliau  mengenai bidang-bidang  pengajian dan universiti dan mendapat perhatian ibu bapa di luar sana.

Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat secara rasmi pada tahun 2012 sehingga sekarang dengan tujuan penubuhan memberi khidmat nasihat secara langsung mengenai pendidikan, universiti terbaik di luar negara, peluang menyambung pengajian di luar negara dan lain-lain.

Ini memberikan pelbagai pengalaman kepada syarikat ini. Daulah mempunyai harapan yang tinggi dalam membantu pelajar merealisasikan impian mereka. Menjadi salah seorang guru di Indonesia sebelum melangkahkan kaki ke universiti Al-Azhar adalah titik permulaan yang membantu Tuan Syed Fuad dalam memahami sistem pendidikan di luar negara.

Beliau menjadi juga mempunyai pengalaman menjadi salah seorang pelajar di universiti Al-Azhar  dan selepas tamat belajar beliau juga pernah menjadi pegawai yang menguruskan pelajar di Mesir. Berhadapan dengan pelbagai masalah yang dihadapi pelajar memberikan beliau kekuatan dan semangat yang jitu.

Memahami setiap masalah yang dihadapi pelajar antaranya sukar mendapatkan tempat di universiti dalam bidang yang diminati memberikan idea kepada beliau untuk membantu dan membimbing pelajar.

Ramai yang tidak tahu bahawa banyak peluang yang ada di luar negara. Tetapi mereka hanya memilih untuk melumpuhkan impian dari berjuang untuk memastikan impian mereka tercapai.

BACA JUGA :   Tawaran ke Universiti Luar Negara buat Lepasan Asasi

Rugilah berputus asa sebelum berjuang. Jadi itulah yang dititikeratkan dalam pengurusan Daulah Educonsult, dimana mereka akan memastikan pelajar memahami dan mendapat info penuh mengenai peluang-peluang yang terbuka untuk mereka di luar negara.

Antara negara yang diuruskan Daulah Educonsult adalah Rusia, Indonesia, Poland, Mesir, Bangladesh, Turki dan lain-lain dan bidang ditawarkan seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Veterinar, Perniagaan Antarababgsa.

Bukan sahaja menguruskan pelajar universiti tetapi juga kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyah Mesir melalui program khas yang ditubuhkan iaitu Program Madrasah Daulah yang membantu pelajar berumur 14 tahun sehingga 21 tahun yang tidak mempunyai sijil SPM mahupun STAM tetapi berminat untuk melanjutkan pengajian ke Al-Azhar untuk membuat persediaan sebelum ke Maahad Buuth Islamiyah Mesir.

Selain itu, program lain juga ditawarkan iaitu kursus bahasa arab. Semakan lanjut di laman web Daulah educonsult.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh ke laman web daulah educonsult. Ibu bapa atau pelajar boleh terus menghubungi konsultan Daulah untuk maklumat lanjut dibawah adalah detail talian yang boleh dihubungi :

Tuan Syed Fuad :013-2090322
Cik Nabila :013-2853903
Email :daulahmedic@gmail.com
Alamat pejabat : No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

 

 

 

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here