Bangladesh merupakan negara Republik Rakyat Bangladesh (People’s Republic of Bangladesh). Yang terletak di kawasan Asia Selatan yang berbatasan dengan India di barat, utara, dan timur, serta Myanmar di tenggara. Negara ini memiliki jumlah penduduk terbesar ke delapan di dunia dan salah satu negara terpadat di dunia.

Bangladesh juga merupakan satu nama yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia disebabkan kebanjiran mereka di negara Malaysia. Pasti ramai yang masih belum tahu tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bangladesh. Sebenarnya banyak tempat popular yang ada di Bangladesh untuk dijadikan sebagai destinasi percutian.

Bangladesh, merupakan satu nama yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Namun disebalik kebanjiran warga Bangladesh di negara kita, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke negara mereka?  Kenapa?? Adakah anda rasa negara Bangladesh itu adalah negara yang kotor dan tidak mempunyai tempat yang menarik?

Anda salah, pasti ramai yang masih belum tahu tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bangladesh. Sebenarnya banyak tempat popular yang ada di Bangladesh untuk dijadikan sebagai destinasi percutian.

Jadi bagi yang sedang mencari maklumat mengenai tempat popular di Bangladesh, nah saya kongsikan buat anda tempat-tempat menarik yang anda perlu lawati jika berkunjung ke Bangladesh.

BACA JUGA :   10 Tempat Makan yang Enak Banget di Bandung

Gulshan Lake Park

Jika anda penggemar tempat yang sejuk dengan pemandangan hijau serta danau di tengah-tengah taman, maka Gulshan Lake Park merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda kunjungi.

Ahzan Manzil

Ahzan Manzil merupakan antara salah satu tempat bersejarah yang indah dan unik. Dengan rekabentuk senibina yang menarik serta lokasinya yang terletak di Dhaka menjadikan tempat ini sangat mudah untuk dikunjungi pelancong.

Jatiyo Srithi Saudo

 

Tempat ini dikenali sebagai tempat pahlawan bersemayam dan memiliki nilai sejarah yang tinggi. Selain itu, senibinanya yang menarik juga menjadikan Jatiyo Srithi Saudo sebagai tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

National Parliament House

Rasanya tidak akan lengkap jika berkunjung ke Bangladesh tetapi belum mengunjungi National Parliament House. Dengan sentuhan senibina moden dan unik menjadikan tempat ini salah satu destinasi pelancongan paling popular di Dhaka, Bangladesh.

Cox Bazar Beach

Seperti negara-negara lain, pantai juga menjadi daya tarikan utama buat pelancong di Bangladesh. Pantai paling popular di Bangladesh adalah Cox Bazar Beach. Pantai ini memiliki keindahan tersendiri dengan pemandangan laut yang sungguh menawan dan sentiasa dipenuhi pengunjung.

BACA JUGA :   Jom Kita Kenali Kebudayaan Orang Bangladesh

Diharapkan senarai tempat-tempat menarik yang ada di Bangladesh ini dapat membantu anda untuk merancang percutian seterusnya.

Anda boleh dapatkan artikel penuh di https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=33225

Anda berminat sambung belajar ke Bangladesh ?

Daulah Educonsult ada jalan membantu anda untuk sambung belajar ke Bangladesh.

 

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here