JOHOR BAHRU – Kutuk-mengutuk dipercayai menjadi motif seorang remaja lelaki dipukul dua lagi remaja lain dalam satu kejadian di Taman Permainan Taman Setia Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua lagi remaja yang bertindak memukul mangsa adalah berusia 16 tahun. “Berdasarkan keterangan mangsa yang berusia 15 tahun, sebelum kejadian, dia telah menerima panggilan daripada rakannya untuk datang ke taman permainan di perumahan tersebut. “Setelah sampai di lokasi, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan rakan-rakannya sebelum dua daripadanya bertindak memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, akibat daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami bengkak di beberapa bahagian anggota badan selain turut didakwa muntah darah. Katanya, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis hari ini untuk memberikan keterangan berhubung kejadian itu. “Bertindak atas maklumat, sepasukan polis kemudiannya bertindak menahan dua daripada suspek itu di kediamannya di Taman Daya,” katanya.

BACA JUGA :   6 Penyebab Berlakunya Banjir Kilat

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Hari ini, video menunjukkan mangsa dipukul sambil diperhatikan beberapa remaja lain mula tular di laman sosial Facebook.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/34765/BERITA/Jenayah/Kutuk-mengutuk-punca-mangsa-dipukul

Credit to : MOHD AKMALL SHAFIQ TINO MOHD IDHAM DANIEL | 27 Jun 2019(SINAR HARIAN)

…………………………………………………………………………………………………..

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BACA JUGA :   6 Penyebab Berlakunya Banjir Kilat

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here