Menjelang acara Consumer Electronics Association 2019 (CES) di Las Vegas, NVIDIA mengambil kesempatan untuk memperkenalkan ahli keluarga baru mereka iaitu kad grafik GeForce RTX 2060.
Kad grafik ini melengkapkan lagi barisan kad grafik dibawah siri RTX sebelum ini, iaitu RTX 2070, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti. RTX 2060 hadir dengan penawaran pertengahan, dan pada harga lebih mampu milik.
RTX 2060 merupakan kad grafik yang terpantas di dunia pada masa kini. Keluaran baru NVIDIA ini mempunyai prestari yang terikini dan terhebat pada tahap terperinci yang menakjubkan.
Kad grafik ini juga menyampaikan prestasi permainan yang maksimum 60 + FPS pada 1920×1080, manakala prestasi tinggi yang amat baik pula pada 2560×1440.
Tahap prestasi pantas RTX 2060 ini adalah lebih 60% daripada generasi yang sebelumnya iaitu GTX 1060. Ia juga mampu mengalahkan GTX 1070 Ti
Seperti kad grafik NVIDIA yang lain, Geforce RTX 2060 ini disokong oleh teknologi ekosistem yang kaya serta teknologi peningkatan berdasarkan pengalaman pelanggan.
Pemilik RTX 2060 boleh menikmati kesan pengalaman yang sama seperti RTX 2070 dan RTX2080 kerana RTX 2060 mempunyai teknologi AI dan “Ray-Tracing” yang sama
Selain itu, kebaikan NVIDIA Ansel juga membolehkan anda “screenshot” atau menangkap skrin peribadi dalam beratus permainan. Antaranya Fornite, PUBG, Ring Of Elysium dan banyak lagi.
GeForce RTX 2060, yang berharga RM 1435.80 akan tersedia mulai 15 Januari dalam sistem yang dibina oleh Acer, Dell, HP dan Lenovo.