BANTING – Seorang pelajar tingkatan lima yang menikam guru kaunselingnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Sungai Manggis, di sini, Ahad lalu, disambung reman empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tempoh reman itu bermula hari ini sehingga Isnin depan.

“Polis juga masih menunggu laporan psikiatri dan perubatan dari Hospital Banting dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Berhubung keadaan mangsa, dia telah keluar dari hospital semalam selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, remaja berusia 17 tahun itu ditahan di sekolah terbabit selepas kejadian yang berlaku di bilik pembantu warden sekolah berkenaan kira-kira jam 8.20 malam.

BACA JUGA :   Wajarkah Masalah Disiplin Pelajar Hanya Perlu Ditangani Oleh Guru Sahaja?

Mangsa, Muhammad Hasnan Salim berusia lingkungan 30-an dilaporkan ditikam beberapa kali di bahagian bahu.

Pelajar tingkatan lima itu kemudian telah direman selama lima hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati, motif kejadian adalah dendam berikutan guru berkenaan dikatakan telah menetapkan peraturan yang terlalu ketat di sekolah dan asrama.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33688/BERITA/Jenayah/Tikam-guru-Reman-pelajar-tingkatan-5-disambung-empat-hari

……………………………………………………………………………………………………………….

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

BACA JUGA :   Tak Takut Pada Rotan dan Denda? Pihak Polis digunakan Dalam Kes Buli.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here