3 SEBAB ANDA PERLU JADIKAN INDONESIA SEBAGAI PILIHAN

0
838

“Nak sambung belajar dekat overseas tapi takut homesick hm….”

Mungkin ada di kalangan kita yang ingin menyambung pelajaran di luar negara dan ada semangat yang berkobar-kobar nak sambung pengajian di negara orang tetapi kurang yakin dengan keputusan yang dibuat kan? Yelah manakan tidaknya takut nanti rasa ‘homesick’ tu datang menyinggah pula semasa berada di negara orang.

Apa yang anda harus buat? Takkan anda nak lepaskan impian untuk menyambung pengajian di luar negara macam tu sahaja?

Jika anda betul-betul berminat untuk menyambung pelajaran di luar negara, kami cadangkan anda untuk memilih negara yang tidak mempunyai beza yang jauh dan ketara dengan negara kita so tidaklah anda mengalami homesick yang teruk kerana rindukan apa yang ada di Malaysia. Jadi mana lagi pilihan kalau bukan di Indonesia!

Bukan sahaja tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan negara kita malah dengan apa yang kami bakal senaraikan di bawah ini pasti akan membuat anda mempertimbangkan semula Indonesia sebagai destinasi untuk anda menyambung pelajaran.

  1. SETIAP BULAN PUN BOLEH BALIK SEBAB TAMBANG MURAH

Umum mengetahui Indonesia tidaklah jauh dengan negara kita dan jarak perjalanan yang diambil untuk sampai juga tidaklah lama jika kita bandingkan dengan jarak perjalanan ke destinasi lain. Bukan saja dapat menjimatkan masa berjam-jam berada di atas kapal terbang tetapi anda juga tidak perlu risau dengan harga tiket penerbangan pergi balik yang mahal kerana ianya tidaklah semahal tiket untuk anda nak ke Eropah yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Haa, jadi sesuai sangatlah buat anda yang memang berhasrat nak balik ke rumah setiap bulan kerana homesick!

BACA JUGA :   Malaysia Jadi Juara Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019

Selain itu, terdapat banyak juga syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan ke Indonesia yang anda boleh pilih seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air dan juga Garuda Indonesia.

  1. CARA HIDUP YANG LEBIH KURANG SAMA SAHAJA

Anda tak perlu risau dengan perbezaan cara hidup di sana kerana kebanyakkannya tidak banyak yang berubah dan berbeza daripada segi percakapan, pemakanan, cuaca dan cara hidup semuanya sama sahaja.

Sistem rumah sewa untuk pelajar-pelajar di sana juga tidak mempunyai beza yang banyak dengan sistem rumah sewa di Malaysia ni tau! Jadi mudahlah untuk anda menguruskan hal rumah sewa di sana nanti kerana sudah mengetahui apa yang anda patut lakukan sebagai penyewa. Tetapi di sana terdapat beberapa syarat yang anda wajib patuh iaitu untuk mempunyai seorang ‘ibu kos’ yang akan bertugas seperti warden.

Kebanyakkan kawasan yang berhampiran dengan lokasi universiti ini telah dikawal oleh ibu-ibu kos untuk menjaga keselamatan anda di sana.

  1. MAKANAN YANG SEDAP

Jika anda suka untuk makan makanan Indonesia seperti pecel lele atau ayam penyet, inilah masanya untuk anda merasai sendiri rasa original daripada negara itu!

Masakan Indonesia dan Malaysia tidak banyak bezanya dan turut menggunakan ramuan yang sama sahaja untuk menghasilkan sesuatu masakan itu. Jadi anda tidak perlulah risau tentang rasa makanan di sana.

Selepas ini anda bukan sahaja akan kenal pecel lele dan ayam penyet sahaja tetapi anda mungkin akan mengenali beberapa jenis makanan lain lagi seperti nasi uduk.

#INDONESIA PILIHAN YANG SESUAI UNTUK ANDA LANJUTKAN PELAJARAN!

Kenapa tak jadikan Indonesia sebagai pilihan untuk anda melanjutkan pelajaran?

Indonesia bukan sahaja menyediakan tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi tetapi turut menyediakan pendidikan yang berkualiti seperti di negara-negara lain. Anda bukan sahaja dapat belajar di luar negara tetapi dalam masa yang sama anda juga dapat melancong dan mengenali budaya negara itu yang terkenal dengan keunikannya sendiri.

BACA JUGA :   Yuran Pengajian Tetap Antara Kelebihan Kursk State Medical University, Rusia

Nak sambung pengajian di Indonesia tetapi tidak tahu ke manakah yang anda patut pergi?

DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

Anda berminat untuk melangkah masuk ke universiti perubatan terkenal dunia? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar perubatan universiti terbaik dunia kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here