Orang tua kata, ketumbit tumbuh sebab mengintai orang mandi. Yang sebenarnya, ketumbit berlaku kerana berlakunya jangkitan kuman pada kelopak mata lalu menyebabkan keradangan.

Kalau tiba-tiba ada ketumbit tumbut di mata anda, jom amalkan petua hilangkan ketumbit yang berikut.

 #Pastikan mata dalam keadaan yang bersih

Apabila ada ketumbit dimata anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan mata berada dalam keadaan yang bersih.

Kalau anda memakai solekan mata seperti maskara, eye shadow, eye liner dan sebagainya, tanggalkan makeup tersebut sehingga tiada sisa yang tertinggal menggunakan makeup remover. Kemudian cuci mata dengan air sehingga bersih.

1.  Uncang teh

Asid tanik dalam teh berfungsi sebagai anti bakteria dan mampu membunuh kuman punca berlakunya ketumbit. Selain itu, uncang teh juga membantu mengecutkan ketumbit. Caranya:

  • Rendam satu uncang teh dalam air panas.
  • Apabila sudah kembang, angkat uncang dan tunggu ia menjadi suam.
  • Letakkan di atas mata yang berketumbit, biarkan sehingga uncang teh menjadi sejuk.
  • Uncang teh hijau adalah lebih baik berbanding uncang teh hitam

2. Bawang putih

BACA JUGA :   Pengalaman Latihan Industri di Daulah Holding Sdn Bhd

Orang-orang tua menggunakan bawang putih untuk mengecutkan ketumbit dengan cepat. Caranya:

  • Ambil seulas bawang putih bersaiz kecil.
  • Buang kulitnya.
  • Belah dua bawang putih supaya airnya keluar.
  • Sapukan hujung bawang putih yang ada air ke ketumbit.
  • Anda mungkin berasa pedih semasa menyapu bawang putih pada ketumbit. Jika terlalu sakit, berhenti dan cuci mata dengan air bersih.
  • Petua ini tidak sesuai digunakan sekiranya ketumbit tumbuh pada mata kanak-kanak.

3. Garam

Anda juga boleh gunakan garam untuk menghilangkan ketumbit. Caranya:

  • Ambil satu sudu teh garam, rendam dalam air panas.
  • Celup tuala kecil dalam air garam tadi.
  • Tuam pada mata yang berketumbit.
  • Menuam dengan air garam terbukti membantu ketumbit kecut dengan lebih cepat berbanding menuam dengan air suam biasa.

4. Tomato

Jika ada tomato di dapur, anda boleh gunakan untuk menghilangkan ketumbit. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Hiris tomato kepada hirisan kecil. Ambil satu hirisan dan tekapkan pada mata yang ada ketumbit. Biarkan selama 5 minit, cuci mata sehingga bersih.
  • Hiris tomato, dan simpan didalam peti sejuk. Apabila sejuk, ambil satu hirisan dan lekapkan pada ketumbit. Biarkan tomato melekap pada mata sehingga hilang sejuknya. Cuci mata sehingga bersih.
  • Kisar sebiji tomato. Masukkan dalam ice tray dan bekukan. Ambil satu kiub ais tomato, dan sapukan ke ketumbit.
BACA JUGA :   Universiti Alexandria Tawarkan Bidang Farmasi

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara iaitu

Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita cita anda untuk melanjutkan pengajian di luar negara, anda boleh  hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-2429322 (customer service) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/   untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here