Tidak Minat Bahasa Arab? Ini 7 Kelebihan Belajar Bahasa Arab Yang Anda Perlu Tahu.
Mata pelajaran Bahasa Arab merupakan antara subjek wajib di kebanyakan sekolah-sekolah berteraskan agama. Di sekolah berasrama penuh pula, pelajar boleh memilih bahasa antarabangsa yang mereka minati. Selain Bahasa Arab, mereka juga berpeluang mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.
Menariknya di Malaysia, bahasa Arab telah diperkenalkan sejak awal lagi bermula dari tadika (PASTI) dan sekolah rendah (KAFA), (Jqaf). Meskipun ramai pelajar merungut tidak memahami subjek tersebut selain beralasan susah dan tidak minat, tetapi subjek ini selalu menjadi subjek pilihan di kalangan pelajar yang lain. Jadi, tidak harianlah ramai pelajar cemerlang dalam subjek bahasa ini mendahului subjek-subjek yang lain.
Kuncinya mudah sahaja, minat! Jika minat kita tumpah pada sesuatu perkara, pasti kita akan bersungguh-sungguh menjalankannya. Oleh itu, mari kita ketahui kelebihan belajar bahasa Arab.
1. Faham Bahasa Al-Quran
Dalam banyak-banyak bahasa di dunia, Allah s.w.t menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab. “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” (12:2). Istimewa sungguh martabat bahasa Arab. Awal-awalnya memang susah belajar bahasa Arab, tetapi ia akan menjadi mudah bila kita bersungguh-sungguh ingin mendalami Al-Quran. Dengan kemahiran bahasa Arab yang anda miliki, mudah sekali anda memahami makna ayat-ayat Al Quran. Jika anda mampu membaca Al-Quran setiap hari, maka bahasa Arab tidak susah bagi anda.
2. Lain Dari Yang Lain
Bagi individu yang sering ditemuduga, anda boleh nyatakan kebolehan anda bertutur dalam bahasa Arab sebagai satu kelebihan. Ia boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah di pihak anda berbanding calon-calon lain. Cuba bayangkan anda ditemuduga oleh sebuah syarikat gergasi oil & gas milik Arab Saudi. Dengan kelebihan bahasa Arab yang ada, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda. Tidak rugi bukan?
3. Melancong
Siapa yang tidak gemar melancong sambil membeli-belah? Lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang. Kebiasaannya para pelancong akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara semasa membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Namun jika tidak berhati-hati, anda boleh ditipu! Sesetengah peniaga mengambil kesempatan ke atas pelancong-pelancong asing. Oleh itu, perkara ini dapat anda elakkan apabila anda menguasai berbahasa Arab. Secara tidak langsung, risiko penipuan dah salah faham dapat dielakkan dari berlaku kerana anda boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Malah mereka akan beri free gift kepada anda! Oleh itu anda tidak perlu risau jika melancong ke Jordan, Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi dan sebaginya. Pengalaman peribadi penulis menunaikan umrah bersama keluarga, banyak urusan yang dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar. Misalnya urusan proses visa, imegresen, kastam, menempah hotel, membeli barang keperluan, dan menunjuk arah.
4. Pendapatan Sampingan
Banyak cara untuk anda menambah pendapatan tambahan dengan bahasa Arab. Contohnya dengan menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Anda juga boleh menjadi jurubahasa atau interpreter kepada orang kenamaan dari negara Arab di majlis-majlis rasmi, majlis-majlis di kedutaan asing, majlis tandatangan kontrak perniagaan/pelaburan, lawatan kerja dan berbagai lagi. Di samping itu, anda boleh menjadi penulis/kolumnis sambilan dalam majalah/akhbar bahasa Arab. Anda juga boleh menjadi tutor atau menjalankan kelas-kelas tuisyen di kawasan kejiranan anda. Selain dapat menambah duit poket, anda juga dapat pengalaman baru!
5. Peluang Sambung Belajar
Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, inilah masanya anda mengasah kemahiran berbahasa Arab sebelum terbang ke sana! Kuasai sepenuhnya cabang-cabang ilmu dalam bahasa Arab. Selain itu juga, anda boleh melatih diri menjadi lebih berdisiplin dan berani untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab misalnya seperti pidato dan debat. Jika menyambung pelajaran ke negara Arab, anda tidak semestinya harus memilih bahasa Arab. Di Jordan misalnya, anda boleh mengambil jurusan perubatan dan pergigian di sana. Di Mesir pula, anda berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Tahfiz dan Qiraat.
6. Pemudahcara
Oleh kerana ramai warga negara Arab di Malaysia yang bekerja, membangunkan bisnes sendiri, mahupun menyambung pelajaran, rata-ratanya mereka masih belum dapat mengusai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik. Jadi di sinilah peranan anda sebagai orang tengah atau pemudahcara bagi mereka. Mereka berbesar hati sekiranya ada orang yang pandai berbahasa Arab sudi membantu dalam urusan-urusan mereka. Contohnya urusan kontrak perniagaan, urusan sewa rumah/kereta dan sebagainya. Ambil upah atau tidak, terserah anda. Setidaknya mereka belanja minum tanda meraikan pertolongan kita.
7. Peluang Pekerjaan
Bahasa Arab merupakan nadi penghubung dalam kebanyakan hal lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kebolehan anda berbahasa Arab, anda akan diberi kepercayaan oleh bos anda untuk menguruskan banyak perkara yang berkaitan. Contoh mudah seperti petugas haji dan mutawif umrah selain boleh merebut peluang pekerjaan dengan memohon berbagai jawatan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama. Jika bekerja di negara asing, anda boleh menetap di sana sehingga tamat berkhidmat. Peluang yang menarik bukan?
Tidak rugi anda mempelajari bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain. Selain dapat ilmu baru, anda juga boleh menilai keindahan bahasa serta mengetahui budaya yang dicerminkan dari bahasa tersebut. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Diharapkan semoga masyarakat Malaysia sama-sama memupuk minat untuk mendalami bahasa Al Quran ini.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMPELAJARI BAHASA ARAB?
Terdapat banyak badan ataupun pusat tuisyen yang menawarkan kursus bahasa Arab di luar sana. Salah satunya adalah Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult menawarkan Kursus Bahasa Arab di dua buah negara yang terkemuka di dunia, iaitu Mesir dan juga Jordan!
MESIR
Di Mesir, Daulah Educonsult menawarkan dua kursus iaitu Kursus Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran. Untuk pengetahuan anda, kursus ini terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas.
Yuran pengajiannya adalah sebanyak RM 8,500 sahaja (termasuk tiket penerbangan sehala ke Mesir, visa pertama pelajar, 3 bulan level pengajian di Markaz Nil iaitu Pusat Bahasa Arab dan 2 bulan penginapan).
Kursus ini bukan sahaja tertumpu terhadap penguasaan bahasa Arab, tetapi peserta juga akan menguasai teknik pembacaan Al-Quran yang betul.
Di Jordan pula, kursus bahasa Arab ini terbuka kepada peserta seawal umur 12 tahun, golongan dewasa, hinggalah golongan yang sudah bersara.
Ingin ditekankan di sini bahawa yuran bagi kursus di Jordan adalah sedikit mahal berbanding dengan yuran di Mesir.
Di sini, anda akan merasai sendiri pengalaman mejejakkkan kaki ke salah sebuah universti di Jordan, Universiti Zarqa’ kerana kursus pembelajaran akan diadakan sepenuhnya di universiti tersebut.
Kursus ini juga mempunyai dua sesi pembelajaran yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda, sama ada pada bulan September ataupun Disember.
MENGAPA TAWARKAN KURSUS DI MESIR DAN JORDAN?
Tujuan utama Daulah Educonsult menawarkan kursus bahasa Arab di Jordan dan juga Mesir adalah untuk memberikan anda peluang untuk mempelajari bahasa Arab daripada tenaga pengajar yang benar-benar berpengaruh dalam bahasa Arab sendiri.
Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih mudah kerana peserta akan sentiasa terdedah dengan penggunaan bahasa Arab kerana warga tempatan di bumi Mesir dan Jordan sendiri menggunakan bahasa tersebut.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN INFO LANJUT TENTANG KURSUS BAHASA ARAB?
Setiap ilmu yang kita pelajari mempunyai kelebihan dan kepentingannya yang tersendiri. Semakin tinggi ilmu yang kita miliki, insyaAllah hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya, lebih-lebih lagi dengan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.
Untuk info lebih lanjut, anda disarankan untuk merujuk kepada poster di bawah untuk yuran dan sebagainya.
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.
BERMINAT?
Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link pra pendaftaran yang dibawah ini
Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...