Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak. Selain daripada cicak dan tikus, lipas antara serangga perosak yang paling dibenci oleh masyarakat di seantero dunia.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Sekiranya anda pernah menonton cerita kartun Wall-E yang pernah ditayangkan di pawagam suatu ketika dulu atau pernah baca mengenai lipas secara umum, anda akan tahu bahawa lipas dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula.Lipas dikatakan diantara serangga yang sukar di hapuskan walaupun letupan atom terkena di muka bumi,ia mampu untuk meneruskan hidupannya.

Berdasarkan satu kajian baru oleh sekumpulan saintis dari Universiti Prudue di Jerman sekali lagi membuktikan keberanian makhluk serangga tersebut menjadi kebal terhadap racun serangga. Menurut kajian itu, beberapa jenis bahan kimia telah diuji terhadap serangga tersebut menjadikan lipas sebagai serangga yang kebal terhadap racun perosak sepenuhnya.dan para penyelidik mendapati bahawa menjadikannya hampir mustahil untuk membunuh mereka. Serangga ini sudah imun dengan racun tersebut juga akan menyalurkan daya tahan berkenaan kepada anak-anaknya.

Malah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports itu mendedahkan ketahanan lipas juga semakin meningkat enam kali ganda dalam satu generasi.

“Ini adalah cabaran yang kita tidak sedar terhadap serangga ini. Ia membina ketahanan terhadap beberapa kelas racun serangga menyebabkan ia sukar dikawal hanya dengan menggunakan bahan kimia saja,” kata Profesor Michael Scharf dari University Purdue.

Pembasmian serangga perlulah mempelbagaikan cara pemusnahan serangga perosak kerana serangga perosak ini dapat membahayakan kesihatan manusia jika tiada kawalan penghapusan dengan betul. Ramai orang menggunakan aerosol nyamuk untuk menghapuskan lipas tersebut namun ianya tidak berjaya kerana racun yang digunakan tidak sesuai. Selain itu, menjaga kebersihan persekitaran anda seperti tidak meninggalkan sisa makanan agar tiada lipas yang datang untuk mencari makanan dan membiak kelak.

Aerosol Racun Serangga khas untuk Lipas

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here