Apabila pergi melancong, semestinya anda akan mencari tempat-tempat yang menarik dan tenang seperti pulau. Hilang segala tekanan apabila melihat pantai. Jom lihat pulau-pulau yang menarik yang terdapat di dunia.

# Pantai Meldives

Maldives atau nama rasminya Republik Maldives adalah sebuah negara pulau yang mengandungi sekumpulan pulau karang terumbu yang terletak di Lautan Hindi, selatan pulau Lakshadweep, India. Disini juga merupakan lokasi percutian menarik dan antara pulau termahal di dunia. Walau tingkat populasi di sana tidak seperti di Asia, namun panaroma lama termasuk pantai Meldives menjadi pulau yang paling menarik.

# Bora Bora, French Polynesia

Pulau Bora Bora merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Polinesia Perancis. Saiz pulau ini hanya 30 km persegi sahaja. Pulau ini dikelilingi oleh lagun dan susunan batu karang. Batu karang ini bertindak sebagai pelindung daripada menerima hentaman ombak terus ke pulau. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah aktiviti scuba.

BACA JUGA :   Program Ijazah Sarjana Muda ditawarkan di beberapa universiti luar negara dan diiktiraf KPM

# Bali, Indonesia

Bali sangat terkenal di kalangan pelancong-pelancong dari negara-negara Asiadan juga pelosok dunia. Siapa sahaja yang tidak tahu tentang pulau Bali kan? Ia juga dikelilingi dengan gunung berapi yang tinggi dan air yang sangat jernih. Banyak lokasi-lokasi yang menarik yang boleh anda kunjungi. Bali juga dihiasi dengan batu karang unik dan boleh dilihat dengan jelas sebaik sahaja kaki mencecah air.

# Similan Island, Thailand

Similans adalah sembilan pulau batu granit yang terletak 65 km dari pantai barat Thailand. Dilapisi lapisan hutan tropika yang tebal, permukaan pantai dilitupi pasir putih yang halus, terumbu karang yang banyak dan dikelilingi air biru iaitu perairan Laut Andaman yang jernih. Similans mempunyai sembilan pulau dan anda boleh menikmati keindahan pemandangan yang dikelilingi alam semulajadi.

BACA JUGA :   Mengapa anda perlu belajar di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska)?

# Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul terletak di persisiran pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau Mabul mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dari Pulau Sipadan dan terletak kira-kira 15 minit dari pulau ini. Pulau Mabul terkenal dengan kehidupan laut yang eksotik seperti frogfish, gobies api, ghost pipefish, udang, bulu laut eksotik, ketam, nudibranch, kuda laut dan banyak lagi. Pulau ini kecil dan melengkung malah terdapat banyak batu karang yang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here