Belajar Sambil Melancong Di Kepulauan Indonesia

0
827

Sesuai dengan musim rakyat Malaysia, iaitu musim cuti sekolah. Pastinya anda akan keluar melancong bersama keluarga mahupun pasangan anda. Bagi anda yang sukakan keindahan alam, Indonesia antara lokasi strategik bagi menghabiskan waktu cuti anda. Terdapat banyak kepulauan yang indah untuk anda ke sana.

#1. PULAU WEH

Pulau ini terletak di utara Sumatera, Indonesia. Pulau Weh merupakan antara pulau yang terbesar di Sabang. Pulau ini antara kepulauan yang terkecil di Indonesia dan turut mempunyai volcano yang aktif pada salah sebuah gunung. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan antaranya snokerling. Hayati keindahan pantai yang berpasir di Taman Sabang Fair, Puncak Cot Bak Geuthom dan banyak lagi.

Jika anda berhenti di Banda Acheh terlebih dahulu, masa yang diambil akan memakan masa selama 45 minit dari sana. Terdapat lebih banyak habitat yang terdapat di sini antaranya batu karang dan lebih banyak sepsis ikan yang jarang dijumpai.

#2. PULAU LENGKUAS

Pemandangan yang indah pastinya menarik minat anda untuk ke Pulau Lengkuas. Pulau Lengkuas antara pulau yang terkecil di Indonesia. Anda hanya perlu mengambil masa selama 20 minit untuk mengelilingi pulau ini.

Menariknya, Pulau Lengkuas antara pulau yang mengelilingi Kepulauan Bangka Belitung. Terdapat juga rumah api tinggalan pemerintah Belanda pada tahun 1882. Antara perkara menarik yang boleh dilakukan di sini semestinya snorkelling. Anda juga berpeluang untuk melihat penyu hijau di sini.

BACA JUGA :   5 “SEBAB” Anda Patut Belajar Di Luar Negara

#3. PULAU BANDA

Pulau Banda atau lebih dikenali sebagai Pulau Banda Neira merupakan salah satu pulau yang terletak di wilayah Maluku Tengah. Masa perjalanan mengambil masa selama tujuh jam. Walaupun masa yang diambil lama, anda secara tidak langsung dapat melihat pemandangan yang indah. Boleh dikatakan waktu perjalanan itu berbaloi.

Laut yang biru pastinya akan menarik perhatian anda untuk selam. Aktiviti seperti snorkelling juga dibenarkan di sini. Disebabkan pulau ini yang terletak di tengah-tengah kepulauan, anda berasa seperti berada di dunia sendiri. terdapat juga bangunan lama tinggalan zaman penjajah Belanda.

#4. PULAU MISOOL

Pulau Misool terletak antara senarai pulau yang tercantik di Indonesia. Pulau ini sangat kecil dan antara pulau yang menarik terletak di Kepulauan Raja Ampat, Papua. Pulau ini pastinya akan membuat anda tergamam kerana keindahannya.

Antara aktiviti yang dibenarkan sepanjang berada di sini antaranya mengelilingi kepulauan serta pulau menggunakan perahu yang telah disediakan. Aktiviti yang lain termasuklah snorkelling, scuba diving berjemur dan banyak lagi.

#5. PULAU DERAWAN

Pulau ini terletak di Kabupaten Berau dan antara pulau yang tercantik di Kalimantan Timur. Pulau ini antara yang popular buat pelancong di dari luar negara. Pulau ini seakan bantar yang berada di tengah lautan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan semestinya snokerlling. Bukan itu sahaja, pulau ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Anda dapt melihat sendiri sekumpulan obor-obor, di sini terdapat aktiviti pembiakkan penyu. Antara pulau yang terletak berdekatan dengan Pulau Derawan ialah Gua Haji Mangku, Danau Labuan Cermin, Pulau Gusung dan Pulau Maratua.

BACA JUGA :   Jana Income Tambahan Bersama Daulah Educonsult

Terdapat banyak lagi tempat menarik mahupun kepulauan yang terdapat di Indonesia. Jika anda ingin selalu berkunjung ke sini. Apa kata jika sambung pengajian ke sini. Bagi pelajar yang ingin meyambung pengajian ke sini.

Anda berminat untuk menyambung pelajaran  di Indonesia tetapi tidak tahu cara bagaimananya?

Jangan risau, Daulah Educonsult pasti akan membantu anda.

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Apa itu Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.

BERMINAT?

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here