SEMAKIN serius dan kemusnahan semakin nyata!

Api semakin marak dalam rekod masa yang pantas di hutan hutan Amazon ketika ini, sementara saintis memberi amaran hal itu akan menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim.

Sebelum ini sudahpun berlaku lebih 72,800 kebakaran di Brazil tahun ini dengan lebih separuh daripadanya berlaku di kawasan hamparan Amazon, ujar National Institute for Space Research (INPE).

Perkembangan itu adalah peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sering digelar sebagai paru-paru untuk planet Bumi, hutan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dalam atmosfera.

Peranannya sangat penting dalam melambatkan kesan pemanasan global, selain menjadi rumah untuk spesies flora dan fauna yang tidak terkira jumlahnya.

BACA JUGA :   Belajar Tanpa Perlukan SPM / STPM / STAM Di Madrasah Daulah

Secara kasar, saiz hamparan hutan terbesar dunia itu adalah separuh keluasan Amerika Syarikat.

Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video ‘mengerikan’ sudah tersebar di susur masa media sosial.

Kepulan asap memenuhi ruang langit sementara api terus marak hingga meninggalkan sisa hutan yang hangus dan hitam.

Menurut  INPE, kawasan seluas lebih daripada satu setengah padang bola boleh musnah setiap minit setiap hari.

Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest.

Sementara itu, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Khamis berkata, pihak kerajaan tidak dapat bertindak dengan cekap kerana kekangan sumber untuk memadamkan kebakaran.

BACA JUGA :   Keistimewaan Mengikuti Pengajian di Madrasah Daulah & Maahad Buuth

Rakyat Brazil dan masyarakat dunia bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sekadar menyatakan tentang usaha menyiasat punca kebakaran.

boleh dapat artikel penuh di sini

cc ; awani


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here