KOMODO: Kerajaan Indonesia bercadang menutup pulau Komodo kepada orang awam Januari tahun hadapan dalam usaha memulihara biawak Komodo.

Skim berkenaan juga membabitkan usaha memindahkan 2,000 penduduk kampung keluar dari pulau itu.

Pihak berkuasa mengadakan perbincangan dengan pemimpin komuniti mengenai cara penempatan semula penduduk, kata timbalan gabenor wilayah Nusa Tenggara Timur, Josef Nae Soi.

Kerajaan berharap penutupan pulau itu akan mengurangkan risiko pemburuan haram dan meningkatkan bilangan haiwan yang menjadi mangsa biawak gergasi itu seperti rusa, kerbau dan babi hutan.

Ia akan dibuka selepas selepas setahun tetapi rancangannya adalah untuk menjadikan ia destinasi utama pelancong, kata Soi.

Lebih 176,000 pelancong mengunjungi Taman Negara Komodo, kawasan pemuliharaan antara pulau Sumbawa dan Flores, pada 2018.

BACA JUGA :   Jalankan Tugas Seperti Biasa Buat Penjawat Awam

Kira-kira 1,700 biawak Komodo dianggarkan mendiami pulau itu.

Sementara pulau lain di taman negara itu yang turut didiami lebih 1,400 Komodo, seperti Rinca dan Padar, akan kekal dibuka untuk pelancong.

Bagaimanapun, seperti dijangka, penduduk kampung di pulau Komodo sejak beberapa generasi membantah rancangan memindahkan mereka.

“Kami sudah lama tinggal sebagai satu keluarga di kampung ini.

“Kubur bapa dan nenek moyang saya ada di sini.

“Jika kami berpindah, siapa akan menjaga kubur itu,” kata seorang penduduk Dahlia. — Reuters

Boleh dapatkan artikel penuh di Sini

cc : Berita Harian


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here