Jom menyelami keunikan di Malaysia !

0
1593

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina dan India. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita ..

Tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot-lot tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik haiwan berkenaan. Pakej bagi satu lot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.

Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji

Tak sangka walaupun negara kita beriklim tropika tetapi stesen keretapi ini dibina untuk menahan kesejukan salji. Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Arkitek yang bertanggungjawab membina bangunan ini ketika zaman perang dunia pertama, Arthur Bennison Hubback, terpaksa mengikut ‘British Standard’ ketika pembinaan walaupun Malaysia beriklim tropika dan tiada salji.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University, Rusia Tawar Tempat Kepada Pelajar Dalam Bidang Perubatan.

Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia

 

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

Penang Free School

Penang Free School atau nama ringkasnya (PFS), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri. Sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara yang didirikan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 181 Pada tahun 1916, sambutan 100 tahun sekolah telah disambut.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Rusia Sesi Oktober & November 2020.

Taman Negara Gulung Mulu

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya ‘Sarawak Chamber’ iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here