Kenalpasti Tanda-Tanda Awal Autisme Anak Anda!

0
1726

Apakah itu autisme?

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu kondisi yang memberi kesan kepada tiga komponen iaitu komunikasi, tingkahlaku dan sosial individu yang mengalaminya. Menurut kajian yang dibuat oleh World Health Organization (WHO), 1 daripada 160 orang kanak-kanak mengalami kondisi ini.

 

Ramai berpendapat bahawa autisme merupakan satu kondisi mental yang tidak mampu dirawat. Sebenarnya kondisi ini mampu dirawat sekiranya dikesan dengan awal. Autisme mempunyai beberapa jenis yang tertentu. Setiap individu yang mengalami kondisi ini sebenarnya mempunyai kekuatan dan kebolehan diri yang unik.

Sekiranya anda dapat mengesan tanda-tanda anak anda mungkin mengalami kondisi ini, segera berhubung dengan doktor anda bagi rawatan lanjut. Berikut merupakan tanda-tanda awal anak anda mengalami autisme.

1. Tiada ekspresi muka

Ibu bapa perlu peka dengan setiap ekspresi muka anak anda termasuklah “eye contact”. Perhatikan mata mereka apabila anda bercakap atau memberi mereka makan untuk memastikan mereka membalas pandangan mata anda dan membuat respon bagi memastikan kewujudan “eye contact” yang normal.

 

Kebiasaanya ketika bayi berusia 6 bulan ke atas, ekspresi muka mereka akan mula senyum kepada ibu bapa dan orang yang berada di sekelilingnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu peka terhadap perkara ini untuk menjangkakan sebarang kemungkinan. Sebagai contoh, anda boleh memastikan perkara ini dengan senyum kepada bayi dan pandang tepat ke dalam matanya. Selepas itu, perhatikan respon bayi anda. Sekiranya mereka tidak membalas senyuman anda, anda harus segera berhubung dengan doktor untuk berbincang tentang kondisi anak anda.

2. Kurang bergerak dan bercakap

Ibu bapa juga perlu lebih peka dengan perbuatan anak-anak. Perhatikan sama ada mereka bergerak dengan banyak atau tidak. Kebiasaanya bayi yang berusia 9 hingga 10 bulan akan mula menggerakkan jari mereka untuk menunjukkan sesuatu. Sekiranya mereka tidak menunjukkan apa-apa pergerakan menggunakan jari atau mana-mana bahagian badan mereka kelihatan seperti keras, ini merupakan indikator anak anda mengalami autisme.

BACA JUGA :   4 SEBAB ANDA PERLU MERANCANG HALA TUJU SELEPAS TAMAT "SPM"

 

Selain bergerak, anak yang mengalami autisme juga cenderung untuk kurang bercakap atau “babbling” (baby talk). Kebiasaannya kanak-kanak yang berumur 1 tahun sudah mula melakukan “baby talk”. Sekiranya anak anda tidak melakukannya, anda perlu merujuk rawatan lanjut yang sewajarnya.

3. Kerap melakukan perbuatan yang berulang dan tidak normal

Ibu bapa perlu memerhatikan setiap perlakuan anak-anak mereka. Sekiranya anak anda kerap melakukan perbuatan berulang atau melakukan pergerakan yang tidak normal seperti memusingkan tangan, memandang siling, mencampak dan membaling barang, anak anda berisiko menghidapi autisme.

 

Selain itu juga, kanak-kanak yang menghidapi kondisi ini juga cenderung untuk meniru bunyi yang mereka dengar secara berulang-ulang. Jika anak anda menunjukkan simptom-simptom ini, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa doktor bagi memastikan punca yang sebenar.

4. Tidak suka akan perubahan

Sebagai ibu bapa, anda perlu mempunyai jadual khusus untuk anak anda ikuti. Anda akan berasa sangat teruja dan gembira sekiranya anak anda mengikuti kesemua jadual harian mereka. Namun apabila anda terpaksa mengubah jadual tersebut, perhatikan reaksi anak anda sama ada dia dapat menerima atau tidak. Sekiranya anak anda mengamuk kerana tidak dapat menerima perubahan tersebut, anak anda berkemungkinan mengalami autisme.

BACA JUGA :   Emir Kuwait Beri Amaran Penurunan Harga Minyak Bakal Pengaruhi Ekonomi

 

Autisme bukanlah satu kecacatan mental seperti mana dianggap oleh masyarakat kini. Sebenarnya, autime merupakan satu keadaan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang di sekeliling mereka. Ini kerana mereka juga merupakan insan yang mempunyai kebolehan dan kekuatan diri sendiri yang unik.

Sekiranya anda dapat mengesan tanda-tanda awal anak anda mengalami autisme, pastikan anda berhubung dengan doktor bagi mendapatkan nasihat, rawatan serta pelbagai khidmat perubatan lanjut bagi menjamin tumbesaran anak anda yang baik.

 

SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG PERUBATAN

Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?  Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara seperti Universiti Sumatera Utara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here