Indonesia terkenal dengan keunikan budaya yang pelbagai. Maka, tidak hairan andai Indonesia juga menyediakan pelbagai jenis makanan buat penggenar makanan. Bermula dari jajan, makanan pedas, masam dan manis. Semuanya ada! Hari ini kita akan ketahui pelbagai jenis makanan yang menarik terdapat di Indonesia.

#1. MIE BANGKA

Jika dilihat, mee ini seakan mee yang berada di pasaran Malaysia. Anda salah sama sekali, mie Bangka juga mempunyai cita rasa yang tersendiri kerana dicampukan dengan kuah berbumbu. Mie ini merupakan salah satu sajian oleh penduduk Pulau Bangka.

Kuah yang dihasilkan juga dibuat daripada udang, ikan serta ramuan lain. Mie ini sangat sesuai jika dimakan pada waktu masakan ini masih panas.

#2. GUDENG

Gudeng merupakan warisan makanan yang berasal daripada Jogja. Antara bahan utama dalam masakan ini adalah nangka muda. Bahan utama ini kemudiannya akan dicampukan bersama gula merah dan santan.

Gudeng ini sangat sedap lebih-lebih lagi jika dimakan dengan nasi panas. Gudeng kini telah dijadikansebagai makanan yang boleh dijial secara atas talian. Bagi menambakan lagi keenakan lauk tersebut, anda juga boleh menambah lauk pauk yang lain seperti ayam goreng, telur rebus, tempe goreng dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Ramai Orang Tertanya-tanya Siapa Lelaki Tua Yang Abang Acap Jumpa Ini

#3. BAKSO

Siapa sahaja tidak pernah makan Bakso, makanan ini juga sangat popular dikalangan masyarakat Malaysia. Bakso merupakan sajian yang dihasilkan daripada daging yang sudah dicincang dan dijadikan bentuk seakan bebola.

Namun begitu, bakso mempunyai keunikan yang tersendiri bergantung kepada daerah di Indonesia. Di sini, pengunjung dapat merasai pelbagai jenis bakso. Bakso juga akan dicampur dengan mihun serta bahan yang lain bagi menyedapkan lagi bakso.

#4. PECEL LELE

Ini antara makanan kesukaan rakyat iaitu Pecel Lele. Makanan ini berasaskan ikan keli yang digoreng sehingga garing dan dihidangkan dengan sambal pedas Indonesia. Tidak sempurna Pecel Lele tanpa ulaman seperti kubis, mentimun dan kacang panjang.

BACA JUGA :   Tahniah Kepada Lepasan SPM

Hidangan ini sangat sesuai jika dimakan waktu makan tengah hari. Hidangan ini merupakan hidangan khas masyarakat Indonesia dan juga dijual dengan harga yang berpatutan.

#5. AYAM TALIWANG

Ayam Taliwang merupakan ayam yang telah diperap dengan perlbagai bahan serta rempah ratus. Setelah diperap pada tempoh yang telah ditetapkam sebelum dibakar. Ayam ini sedap dimakan dengan nasi dan juga dimakan begitu sahaja.

Bagi menambahkan keenakan rasa ayam taliwang, seeloknya perahkan sedikit air limau manis untuk lebih rasa.

Bagi anda yang ingin menyambung pengajian ke Indonesia, tidak perlu lagi risau mengenai makanan harian. Indonesia juga mempunyai pelbagai jenis hidangan yang pastinya memikat selera anda. Bagi anda yang mempunayi impian untuk menyambung pengajian ke sini, hubungi sahaja Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult ialah agensi yang mengurus kemasukan pelajar ke luar negara dan antara syarikat bumiputera yang pakar dalam bidang ini sejak tahun 2008.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here