Tips Belajar Di Saat Akhir Sebelum Tarikh Peperiksaan

0
1478

Tertekan! Rasa tertekan apabila tak sempat khatam satu buku untuk peperiksaan. Jangan risau sangat. Sebabnya, nanti satu apa pun yang anda ulang kaji, tak boleh masuk dan ingat. Ramai yang kadang tu tak percaya, betul ke study ‘last minute’ ni boleh berjaya? Jadi, ini antara penyelesaian dan cara nak jadikan study ‘last minute’ tu berjaya buat anda semua.

  1. Belajar berkumpulan

Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar berseorangan. Tapi, percayalah! Kalau anda sudah berada dalam tahap kritikal macam ni, belajar berkumpulan adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. Hah? Takde kawan, takde BFF? Suka atau tidak, study group dapat membantu anda mengumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa sama, rakan anda boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham.

BACA JUGA :   Kelebihan belajar di luar negara

 

  1. Baca Kerap, Bukan Baca Lama

Dah baca buku satu jam, lepas tu kena rehat 15 minit atau setengah jam. Sebabnya, otak kita tidak mampu untuk fokus dalam masa yang lama. Tapi, selepas masa rehat yang korang peruntukkan tu, korang kena sambung belajar semula. Disiplin jaga masa tu penting tau!

  1. Baca dan Kongsi

Bila dah baca, jangan simpan sorang-sorang. Anda kena kongsikan dengan kawan-kawan. Kena cerita semula apa yang anda sudah baca tadi. Kalau anda study sorang-sorang, nak cerita dengan pet kesayangan pun boleh. Asalkan anda buat pengulangan.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here