IBU susah hati anak belum pandai bercakap dengan cepat dan lancar? Untuk membantu si kecil cepat bercakap, ibu seharusnya tahu cara berkesan bagi membantu anak-anak mempunyai kemahiran itu.

Berikut tip yang boleh diamalkan:-

  • Guna suara berlagu

Ibu bapa bercakap dengan nada berlagu, anak-anak mudah memahami perkataan tersebut. Mereka berdengar suara yang berubah-ubah dari segi kekuatan, kenyaringan dan kepanjangan.

  • Lakukan aktiviti fizikal dan seni

Galakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal dan seni seperti bermain di taman permainan melompat di atas trampolin, melukis, mewarna, membuat istana pasir dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak meluahkan perasaan secara efektif. Seterusnya membantu mereka memperoleh bahasa dan bercakap dengan lebih baik.

  • Kontak mata

Kontak mata merupakan elemen penting sewaktu komunikasi. Kontak mata bermaksud saling melihat ke arah mata antara dua individu yang sedang berkomunikasi. Ibu bapa perlu bertentang mata dengan anak apabila berkomunikasi. Dengan adanya kontak mata, maklumat yang disampaikan lebih berkesan.

Bagi kanak-kanak, mereka belajar dengan meniru perlakuan mahupun pertuturan orang dewasa. Jadi, apabila anak-anak melihat muka orang yang sedang bercakap, mereka lebih mudah meniru gerakan mulut dan ia juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

  • Berbual aktiviti harian

Ibu boleh menggunakan peluang merangsang perkembangan bahasa anak-anak dengan selalu bercakap tentang aktiviti harian. Contohnya sewaktu mandi, makan, menukar baju, bermain dan sebagainya. Ulang percakapan dengan anak-anak dan menyoal mereka dengan menggunakan soalan yang membolehkan kanak-kanak membuat pilihan bagi merangsang daya fikir mereka. Contohnya ‘adik nak baju merah atau baju biru’? Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak memahami soalan dengan menjawab sendiri soalan.

  • Ambil giliran bercakap

Mengambil giliran sewaktu bercakap adalah penting dalam komunikasi. Satu pihak akan bercakap manakala satu pihak lagi akan mendengar.Apabila anak-anak faham peraturan mudah untuk belajar bercakap dan memahami percakapan orang lain. Sewaktu anak dalam peringkat mengeluarkan suara, ibu bapa boleh memulakan dengan mengeluarkan suara terlebih dahulu. Selepas itu ibu bapa perlu senyap sambil tunggu sehingga anak bersuara.

Setelah anak bersuara,ibu bapa mengulangi apa yang anak suarakan sambil menambah bunyi atau perkataan baru. Itu bertujuan menggalakkan anak meniru bunyi baru. Proses menunggu anak mengeluarkan suaranya adalah penting untuk memahamkan anak bahawa itu adalah gilirannya bersuara. – kredit : NAIMAH MUHAMMAD

Sumber:Myhealth

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41572/SISIPAN/Sinar-Aktif/Tangani-masalah-anak-lambat-bercakap


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here