Mempunyai citi-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara tetapi masih tidak tahu universiti mana yang terbaik?

Indonesia adalah antara negara yang patut anda pertimbangkan!

Selain daripada kos sara hidup yang murah dan tukaran wang tunai ringgit Malaysia ke rupiah Indonesia sangat tinggi selain daripada hanya 1 jam ke 3 jam perjalanan melalui kapal terbang.

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai peluang-peluang yang dibuka di luar negara bukan?

Di Indonesia, terdapat beberapa universiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan mempunyai kedudukan yang baik di dunia.

#1. Universitas Gadjah Mada

Universitas Gadjah Mada (UGM) merupakan universiti yang ditubuhkan oleh colonial Belanda pada tahun 1949. Ia juga merupakan antara universiti yang terbesar dan terbik di Indonesia.

Disebabkan universiti ini terletak di tengah-tengah bandar Yogyakarta atau Jogja, maka para pelajar di sini boleh merasakan budaya Jawa yang sebati di kawasan ini. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik kepada pelajar luar yang belajar di sini.

Antara kelebihan lokasi ini adalah ia terletak berhampiran beberapa candi yang terkena seperti Borobudur dan candi Prambanan.

Universiti ini menawarkan pengajian dalam beberapa bidang seperti perubatan, pengajian bahasa dan sastera, sains hayat, ekonomi, perundangan, sains computer, dan sains sosial.

#2. Institut Pertanian Bogor

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1963 untuk mengukuhkan industri keselamatan makanan, melindungi persekitaran, dan membanteras kemiskinan.

BACA JUGA :   Kemasukan Sesi Oktober & November Universiti Di Rusia

Institut ini merupakan antara yang terbaik apabil melibatkan pertanian dan sains hayat.

Kampus utama universiti ini terletak bandar Bogor dan terletak di 5 bandar lagi Baranangsiang, Dramaga, Gunung Gede, Cilibende, danTaman Kencana.

Terdapat 9 buah fakulti di universiti ini iaitu pertanian, veterinar, sains marin dan perikanan, sains haiwan, perhutanan, teknologi dan kejuruteraan pertanian, matematik dan sains hayat, ekonomi dan pengurusan, dan ekologi manusia.

Antara pengajian ditawarkan di sini adalah geologi, sains perhutanan, pengajian media dan komunikasi, kejuruteraan, dan sains hayat.

#3. Univeristas Hasanuddin

Universitas Hasanuddin secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1956, di kota Makassar.

8 Januari 1956, menjadi permulaan sejarah perubatan di Makassar dengan perasmian sebuah institusi pendidikan perubatan dengan nama “Fakultas Kedokteran Makassar” oleh Prof. Ir. R. Soewandi yang berkhidmat sebagai Menteri pada masa itu.

Perasmian Universiti Hasanuddin oleh Naib Presiden Drs. Moh. Hatta pada 10 September 1956 menyebabkan status Fakultas Kedokteran Makassar berubah menjadi Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin.

Perubahan ini berlaku kerana syarat untuk menubuhkan Universiti pada masa itu adalah sekurang-kurangnya satu fakulti yang utama dan dua fakulti yang bukan utama.

#4. Univeristas Sumatera Utara

Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 Jun 1952.

Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara untuk memenuhi keinginan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia umumnya.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Bidang Perubatan Di Indonesia Sesi 2021.

Lokasi universiti dekat dengan bandar dan dari aiport mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Jarak jika naik kapal terbang juga hanya 45 minit sahaja.

Bidang yang ditawarkan dan mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajar Malaysia adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi.

#5. Univeristas Airlangga

Universiti kedua tertua di Indonesia dan juga sebuah universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur.

Kini, Universiti Airlangga menjadi tuan rumah 15 buah fakulti dengan lebih daripada 35,000 pelajar (selama tahun akademik 2015-2016) dan 1,570 ahli fakulti.

Universiti Airlangga mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian, serta hospital jangkitan tropika untuk Institut Penyakit Tropika. Universiti ini juga dilengkapi dengan kemudahan biosafety tiga tingkat.

Secara berkala kedudukannya di peringkat universiti utama dunia, Universitas Airlangga telah lama dianggap sebagai salah satu universiti “Big 5” di Indonesia, bersama dengan Universitas Indonesia, Institut Teknologi Bandung, Universitas Pertanian Bogor, dan Universitas Gadjah Mada.

Universiti Airlangga mempunyai perkongsian antarabangsa di seluruh dunia, termasuk dengan Universiti Bonn, Universiti Nasional Seoul, dan Universiti Adelaide.

Ingin melanjutkan pengajian di Indonesia? Layari Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut. Atau terus hubungi konsultan pendidikan di talian seperti dibawah :

Tuan Syed Fuad :013-2090322
Cik Nabila :013-2853903
Email :daulahmedic@gmail.com
Alamat pejabat : No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here