Banyak lagi anda boleh belanjakan selain Iphone 11 Pro Max

0
1257

Syarikat keluaran gajet terkemuka iaitu Apple telah mengeluarkan produk terbaru iaitu IPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max boleh didapati di Malaysia bermula dari hari Jumaat, 27 September

Walau bagaimanapun, ini bukan telefon pintar semata-mata. Semua orang terkejut selepas mendengar harga untuk versi optimum dari iPhone 11 Pro Max yang berharga RM6,899. Mereka semua telah memperbaiki ciri-ciri pendahulu, tetapi adakah ia benar-benar berbaloi? Berikut adalah apa yang kita boleh beli dengan jumlah wang tersebut dan bukan sekadar teknologi di Malaysia.

 

  1. Melancong ke Eropah

Kebanyakan orang akan mempunyai impian untuk melancong ke Eropah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Untuk menikmati keindahan budaya, kehidupan dan tempat menarik dan bersejarah disana sambil menghirup udara segera dan mengambil gambar untuk menyimpan kenangan manis di Eropah. Biasanya mereka akan melancong ke London, Amsterdam, Brussels dan Paris kerana tempat-tempat berikut berdekatan sahaja dengan menaiki keretapi metro.

2. 812 cawan Large Bang Bang di Tealive

Anda boleh membeli 812 cawan Large Bang Bang . Mungkin tidak semua pada satu masa. Semua risiko adalah atas diri sendiri.

3. 11 tahun Netflix Premium untuk Keluarga

Dengan RM6,899, anda boleh bayar selama 135 bulan. Dan itu untuk 4 orang berkongsi!

 

4. 23 bulan peruntukan untuk belian alat solek dan penjagaan kulit

Kaum wanita yang menjaga standard imej biasanya memperuntukkan RM300 sebulan untuk pembelian alat solek dan penjagaan kulit mereka. Dengan RM6,899, wanita dapat membeli barangan mereka selama 1 tahun 1 bulan.

5. 460set medium Spicy Chicken McDeluxe di McDonald’s

Atau, pelbagai lagi dari menu McDonald’s yang anda boleh beli.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here