Mahkamah koroner telah mengumumkan kematian anggota bomba Muhammad Adib di Kuil Sri Mahariamman Seafield disebabkan oleh dua atau individu yang tidak dikenali.

Hakim Koroner Rofiah Muhammad juga  memutuskan kes ini berpunca daripada pihak polis yang tidak bertindak semasa rusuhan dalam inkues terbaru.

“Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.

“Keterangan jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran sebelum arwah terlibat. Anggota bomba juga telah diancam perusuh yang tak mahu kebakaran dipadam.

“Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba.

“Adalah amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba dan tak melakukan apa-apa.

“(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing,” jelasnya yang menyerahkan siasatan selanjutnya dan pendakwaan kepada Peguam Negara dan Pihak Polis.

PENEMUAN MAHKAMAH

Koroner telah menyenaraikan penemuan mahkamah selama 41 hari Inkues, antaranya berdasarkan 30 saksi dan pakar forensik yang hadir memberi penerangan

Mahkamah menerima teori pakar fizik dan bekas pakar forensik Dr Sharom Abdul Wahid yang memberitahu Adib telah ditarik keluar dari kenderaan bomba. Bukti penting juga termasuk klip video yang diambil semasa kejadian.

Saksi lain ialah pembantu perubatan, Ashraf Baruji yang hadir memberi keterangan bahawa Adib memberitahunya dia telah dipukul semasa rusuhan

Keputusan ini mendapat reaksi terharu dan gembira dari peguam dan keluarga Muhammad Adib. Peguam yang mewakili Muhammad Adib dilihat menangis teresak-esak ketika keputusan diumumkan sehingga terpaksa ditenangkan oleh suami dan para peguam lain. Ahli keluarga mangsa juga dilihat saling berpelukan.

KRONOLOGI KES MUHAMMAD ADIB

Pada November tahun lepas, telah berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi. Sebanyal 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.

Kemuncaknya, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar. Namun begitu, setelah sebulan kejadian hitam ini berlaku, Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 pada jam 9.41 Malam.

INGIN BELAJAR DI LUAR NEGARA?JOM BELAJAR DI RUSIA!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- 

Customer service 1 :0189624322 
Customer service 2 :0182429322 
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 
Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here