UIN SUSKA

Universitas Islam Negeri (UIN) Sultan Syarif Kasim yang juga dikenali sebagai UIN SUSKA RIAU ini ditubuhkan pada 19 September 1979 susulan dari Surat Keputusan Menteri Agama RI No. 194 Tahun 1970.

Pada awal penubuhannya, universiti ini hanya terdiri dari 3 fakulti; Tarbiyah, Syariah, dan Usuluddin. Kemudian, ia terus berkembang dengan bertambahnya jumlah fakulti dan program seperti Fakulti Dakwah pada tahun 1998 dan Program Pasca Sarjana pada tahun 1997. Kini UIN SUSKA mempunyai 8 buah fakulti untuk menempatkan para pelajarnya. Antaranya termasuklah Fakulti Syari’ah dan Ilmu Hukum, Fakulti Usuluddin, Fakulti Dakwah dan Komunikasi, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ekonomi dan Ilmu Sosial dan lain-lain lagi.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITI

Antara kemudahan dan fasiliti yang terdapat di UIN SUSKA ialah,

-Pusat Kuliah, Pusat Kegiatan Mahasiswa, Asrama Mahasiwa, Bangunan Laboratarium, Islamic Centre, Pusat Kajian Islam dan Pusat Kegiatan Penguatan Karesterik Keislaman  Mahasiswa.

-Pusat Bahasa  untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Asing seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

-Pusat Kegiatan Mahasiswa  untuk sukan yang sesuai untuk bermain bola, tenis, badminton, basket, dan bola tampar.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di UIN Suska, Indonesia

 

-Perpustakaan UIN Suska Riau yang mempunyai koleksi buku yang sangat banyak dan lengkap dengan tambahan buku dan jurnal yang disumbangkan universiti luar.

BADAN DAN ORGANISASI

Setelah tamat Universiti Islam Negeri  SUSKA,  pelajar tidak perlu risau untuk menenmpuh alam pekerjaan kerana banyak kemahiran softskills yang boleh dipelajari disini. Selain itu, Indonesia seperti yang diketahui umum sangat menggalakkan pelajar aktif dalam diskusi, persatuan dan aktiviti kebudayaan.

Antara badan dan organisasi yang menonjol di UIN SUSKA ialah:-

  1. Lembaga Pres mahasiswa, untuk mencungkil bakat pelajar yang mempunyai minat dalam kewartawanan dan bidang jurnalistik.

2. Jika dalam bidang seni pula, ada kelab kebudayaan dan keseniaan yang digelar sebagai Sanggar Latah Tuah(budaya Melayu) Sanggar Kasimiah(Muzik Moden.

3. Untuk mahasiswa pencipta alam, boleh melibatkan diri dalam persatuan aktivis alam iaitu Mahasiswa Pencinta Alam(Mapala) SUSKA.

4. Badan lain ialah organisasi eksekutif mahasiswa (BEM) atau himpunan mahasiswa dari pelbagai bidang,  Korps Sukarela Palang Merah Indonesia (KSR PMI), Himpunan Seni Silat (HIMSSI) dan Koperasi Mahasiswa

5. Di UIN Suska,  terdapat juga Pusat Kajian Agama Islam (Islamic Centre) yang menjadi pusat aktiviti Islam. Terdapat unit kegiatan mahasiswa yang bergerak di organisasi keislaman, iaitu Lembaga Dakwah Kampus AlKaramah dan Forum Kajian Islam Intensif AsySyams.

BACA JUGA :   Sentiasa Berpeluh Semasa Tidur Malam? Ini Tips untuk anda !

BELAJAR ILMU AGAMA

UIN SUSKA memberi peluang kepada pelajar yang ingin menuntut ilmu keagamaan. Hal ini kerana sudah menjadi objektif bagi universiti ini untuk menghasilkan pelajar yang berakhlak mulia, selain anggota masyarakat yang unggul. Tidak seperti institusi pengajian tinggi lain yang hanya menumpukan pengajian agama secara asas atau pada semester awal sahaja.

Cita-cita universiti ini juga untuk menghasilkan mahasiswa berkemampuan daripada pelbagai bidang, profesional dan maju dalam lapangan akademik. Selain itu, melahirkan pelajar yang berdaya saing dan inovatif dari segi teknologi, seni dan ilmu pengetahuan yang berteraskan Islam.

 

PENDAFTARAN KE UIN SUSKA KINI DIBUKA!

AYUH MENDAFTAR DI UIN SUSKA SEKARANG!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-

Customer service 1 :0189624322 

Customer service 2 :0182429322 

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here