Rusia adalah negara yang tidak mempunyai tolok bandingnya. Pemandangan serta bangunan-bangunan sejarah yang dimiliki memang akan mengagumi mata yang melihatnya. Jarak perjalanan yang jauh dari Malaysia ke Rusia sememangnya akan memakan belanja yang banyak , tetapi pasti percutian itu menjadi salah satu memori terindah dan paling bermakna bagi anda!

  1. Danau Baikal 

Baikal memegang banyak rekod dunia. Bukan sahaja dikategorikan sebagai danau yang tertua di dunia, malah juga sebagai danau terdalam dan terbersih di dunia. Syabas diucapkan kepada rakyat negara itu yang sangat menitik beratkan nilai kebersihan.

Danau Baikal juga dikategorikan sebagai danau bervolume air tawar terbesar di dunia. Baikal menampung 20 persen dari cadangan global. Selama bertahun tahun juga, danau yang tercantik di dunia ini “menggoda” ramai pelancong-pelancong asing datang ke tempat tersebut.

Bagaimana cara untuk ke sana?

Dari Malaysia, ambil penerbangan ke Moskow. Dari Moskow ke Irkutsk dan kemudian menaiki bas lebih kurang satu jam setengah.

2. Mamayev Kurgan  

Mamayev Kurgan menjadi salah satu mercu tanda yang boleh didapati di Volgograd dikenali juga tempat paling suci di Rusia.

Pada tahun 1942 sehingga 1943, pasukan Soviet bertempur melawan Nazi di sini untuk menguasai kota yang dikenali sebagai salah satu pertempuran paling sengit dalam Perang Dunia ke 2. Kemenangan Soviet di Volgograd mengubah gelombang perang. Sehingga kini, kompleks pengunjung yang sangat ramai ini menempati hampir 3.6 hektar area yang setara dengan sekitar 6 padang bola sepak.

Bagaimana cara untuk ke sana?

Dari Malaysia ambil penerbangan ke Moskow kemudian ke Volgograd. Ia tidak sukar untuk dicari kerana Mamayev Kurgan ini dapat dilihat dari seluruh bandar.

3. Lembah Geyser

Jangan tertipu oleh keindahan padang geyser terbesar di Rusia ini. Walaupun ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong, ia juga boleh menjadi antara tempat yang agak berbahaya. Hal ini kerana, terdapat air mendidih yang akan meletus pada bila bila masa sahaja. Terdapat juga satu lembah yang digelar sebagai Lembah Kematian di mana adanya gas beracun yang menyembur dari tanah.

 

Bagaimana cara untuk menuju ke Lembah Geyser?

Dari Moskow ke Petropavlov-Kamchatsky terletak di Semenanjung Kamchatka.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here