Ramai yang berminat untuk menyambung dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar tetapi kurang info mengenai maklumat kemasukan untuk universiti luar negara.

Dengan kos yang lebih berpatutan dan fasiliti yang lebih baik kenapa tidak untuk menyambung ke luar negara kan ?

Ini antara universiti yang mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Farmasi Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia. Universiti ini juga mendapat pengiktirafan dari Organisasi Kesihatan Dunia.

Antara universiti yang diiktiraf!

Tetapi hanya Kursk State Medical Universiti yang buka untuk pengambilan terdekat ini. Kemasukan terkini adalah sesi Februari 2020. Terbuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-LEVEL, A-LEVEL, STPM, STAM, IB, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau sijil setaraf.

Kenali universiti-universiti yang diiktiraf ini.

Kursk State Medical University, menawarkan 2 program kepada pelajar iaitu pogram Pra-Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Ditubuhkan pada 7 Februari 1935, Kursk State Medical University berada di kedudukan antara 10 universiti perubatan Rusia terbaik.  Di antara pencapaiannya, KSMU ialah universiti pertama di Rusia yang menawarkan  program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris.

Di dalam bangunan KSMU, terdapat Institut Pengajian Perubatan Ecological, poliklinik diagnostik dan institut perubatan.

Jumlah pelajar Malaysia sudah mencecah 1200 orang pelajar yang sudah habis dan bergraduasi dan yang masih belajar.

I.M. Sechenoz First Moscow State Medical University (MSMU)- Ijazah Sarjana Muda Perubatan

I.M. Sechenov First Moscow Medical University (1stMSMU) adalah institusi pendidikan tinggi tertua dan terbesar di Persekutuan Rusia.

Selama lebih dari 250 tahun IM Sechenov Pertama Moscow State Medical University, nama sebelumnya – IM Sechenov First Moscow Institute of Medicine (sebelum tahun 1990) dan IM Sechenov Moscow Medical Academy (1990 hingga 2010) – telah memainkan peranan utama dalam pembangunan medis Sains dan latihan kakitangan perubatan dan saintifik.

Volgograd State Medical University – Ijazah Sarjana Muda Perubatan

Volgograd State Medical University terletak di Volgograd yang terletak di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Universiti ini diakreditasi oleh Kementerian Pendidikan Rusia untuk mengajar pelajar Rusia dan luar negara.

Ia mempunyai kakitangan pengajar yang berkelayakan, penyelidik lanjutan dan pakar perubatan yang berpengalaman. Universiti telah melatih pelajar antarabangsa sejak 1962. Semenjak tahun 2000, Universiti Perubatan Volgograd telah mendapat peluang untuk mengajar pelajar asing dalam bahasa Inggeris.

Privolzhsky Research Medical University (previously named Nizhny Novgorod State Medical University) – Ijazah Sarjana Muda Perubatan

Bandar Niznhy Novgorod diasaskan pada tahun 1221 dan terletak 400km di timur laut Moscow. Dengan populasi 1.5 juta orang, ia adalah bandar ketiga terbesar di Rusia.

Tidak seperti Moscow dan St. Petersburg, dengan sejumlah besar orang Barat, Nizhny Novgorod menawarkan pandangan tentang kehidupan di kawasan jantung Rusia.

Terletak di pertemuan strategik sungai Oka dan Volga, Nizhny Novgorod, dalam abad yang lalu, merupakan hab komersial di Rusia. Hari ini adalah “tapak ujian” untuk pembaharuan demokratik dan inisiatif pasaran bebas.

Syarat Kemasukan ke Universiti :

Sekiranya anda pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-LEVEL, A-LEVEL, STPM, STAM, IB, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau sijil setaraf dengannya,boleh  terus  hubungi  :

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

Atau
? Email : daulahmedic@gmail.com
? Website : https://daulahmedic.com/ 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here