Berita Tergempar
Kemungkinan ia merupakan berita sedih bagi segelintir rakyat Malaysia , lagi lagi yang mempunyai anak kecil. Hal ini kerana, Taman Tema Sanrio Hello Kitty di Johor bakal ditutup sepenuhnya hujung tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung berkata, taman tema ini akan ditutup sepenuhnya bermula 1 Januari 2020 dan beliau pasti tidak akan memberi implikasi apa apa pun ke atas jumlah pelancongan yang datang ke negeri tersebut.
Ulasan
“Saya yakin penutupan itu akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejaskan keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri ini.”
“Kerajaan negeri tidak bergantung kepada satu jenis produk pelancongan,” katanya yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor.
Faktor Utama
Taman tema yang telah menghabiskan lebih kurang 110 juta kos pembinaan tidak mendapat sambutan yang baik dari segi penjualan tiket. Pengunjung yang datang juga tidak mencapai sasaran yang dikehendaki. Oleh itu pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk menutup taman tema tersebut dan mungkin fokus pada tempat pelancongan yang lain.
Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.
Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977