Jauh perjalanan luas pandangan. Melancong adalah salah satu benda wajib yang perlu dilakukan dalam hidup. Bukan setakat sistem pengangkutan yang semakin canggih atau tiket kapal terbang yang semakin murah. Perjalanan melancong juga semakin mudah dengan aplikasi yang mesra pelancong.

Kali ini, Deenamik akan kongsikan serba sedikit tentang aplikasi wajib yang perlu ada untuk memudahkan anda melancong.

Jom teruskan membaca.

Google Translate

Aplikasi ini sangat sesuai kerana tidak semua manusia di dunia ini mampu bertutur dalm bahasa Inggeris. Aplikasi ini memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan lebih mudah. Namun aplikasi ini memerlukan talian Internet untuk diakses.

Map.me

Aplikasi ini adalah offline map. Ianya sangat bagus berbanding dengan aplikasi peta yang lain kerana tidak memerlukan talian Internet.

Namun , anda perlu muat turun terlebih dahulu peta negara yang anda hendak lawati itu.

Aplikasi ini juga mampu menunjukkan arah di setiap penjuru dunia dan sangat mudah serta jimat.

XE.Currency

Setakat ini, aplikasi ini paling bagus dan mudah untuk membandingkan pertukaran nilai mata wang.

BACA JUGA :   Belajar atau Melancong di Luar Negara

Tambahan, ianya tidak memerlukan talian Internet dan hampir semua mata wang dunia terdapat dalam aplikasi ini.

Grab

Grab menjalankan perkhidmatan menghantar pelanggan dengan menggunakan kereta atau motorsikal. Aplikasi ini sangat penting kerana ianya memudahkan anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Grab kebiasaannya ada di seluruh negara di dunia ini dan sangat selamat untuk dinaiki.

Tambahan, Grab juga berfungsi sebagai aplikasi yang mengambil dan menghantar pesanan makanan.

Booking.com

Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan menyewa homestay, rumah, hotel dan bilik. Tambahan anda boleh membanding harga dan membuat pilihan dari harga yang terendah hingga harga yang tertinggi.

Namun, terdapat juga aplikasi lain seperti Trivago dan dan Agoda yang turut menjalankan perkhidmatan yang sama.

Terdapat juga diskaun yang ditawarkan dan bergantung juga kepada tuah anda.

Skyscanner

Aplikasi ini adalah berfungsi untuk membandingkan harga tiket kapal terbang. Menerusi aplikasi ini anda akan dapat memilih harga tiket yang murah atau mahal.

BACA JUGA :   Kemasukan September - Rusia-Indonesia-Poland

Anda boleh juga memilih untuk menaiki kapal terbang pilihan anda mengikut tahap keselesaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak aplikasi yang berguna yang boleh dimuat turun untuk kegunaan semasa melancong. Tapi sila bawa nama baik Malaysia dan jaga kebersihan ketika melancong.

Jom Belajar Ke Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here