Menurut laporan daripada Berita Awani, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GoJek di Indonesia , Nadiem Makarim mengakui dipanggil Presiden Indonesia Joko Widodo, untuk menjadi menteri di Kabinetnya yang akan diumum pada Rabu.
Menurut Makarim, beliau akan meletakkan jawatan di Gojek walaupun mengakui belum tahu akan diletakkan di portfolio mana kelak.
“Saya rasa gembira. Dari dahulu saya hendak mempamerkan Gojek ini di luar negara. Kini ia dibawa ke skala yang lebih besar, mengenai posisi apa akan diumum Presiden sendiri nanti,” kata Makarim kepada media Indonesia pada Isnin yang lalu.
Media Indonesia menurut laporan memberi bayangan Makarim akan diletakkan di Kementerian Ekonomi Digital Baru atau pendidikan.
Sementara Gojek pula tidak memberi reaksi tentang siapa pengganti CEO mereka.
Jokowi secara rasmi diangkat sebagai Presiden Indonesia ketujuh selepas mengangkat sumpah bagi penggal kedua (2019 – 2024) pada Ahad.
Pemimpin berusia 58 tahun itu melafazkan sumpah di bangunan Parlimen Indonesia pada pukul 4 petang (waktu tempatan) dengan disaksikan oleh anggota Dewan Permesyuaratan Rakyat, bekas-bekas presiden serta tetamu kehormat.
Turut mengangkat sumpah pada majlis itu adalah Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang menggantikan Jusuf Kalla.
Senarai penuh Kabinet Jokowi dijangka diumum pada Rabu. Kredit : Berita Astro Awani
SEKOLAH MENENGAH AL-AZHAR MASIH BUKA PELUANG KEMASUKAN SESI DISEMBER KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG BERUMUR 14 HINGGA 21 TAHUN >>>
Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)