Poland berada di Eropah tengah, bersebelahan dengan Laut Baltik. Poland juga terbahagi kepada 16 bahagian pentadbiran dan sejarah pemerintahan yang sangat merumitkan.

Oleh itu, Deenamik ingin berkongsi sedikit mengenai negara Poland yang ramai tidak tahu akan kewujudannya.

Poland menggunakan mata wang Zlothy iaitu RM1 bersamaan dengan 1.09 zlothy. Beza nilai antara mata wang adalah sangat tidak berbeza.

Warsaw adalah ibu negara bagi Poland. Kos penginapan di Warsaw adalah lebih kurang dengan harga hotel-hotel yang terdapat di Kuala Lumpur.

Istimewanya rakyat Malaysia adalah, jika mahu masuk ke Poland, pengunaan visa adalah tidak perlu. Tambahan, pas pelancong juga boleh digunakan dan boleh tinggal di sana selama 90 hari.

BACA JUGA :   KUOTA TERHAD BIDANG PERUBATAN DI KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSIA! SEMPAT LAGI KE NAK MOHON NI?

Poland kaya dengan alam semula jadi. Negaranya dikelilingi dengan gunung-ganang, hutan, gurun, pantai dan juga tasik.

Poland mempunyai 16 tapak warisan dunia yang diiktiraf dan istana yang terbesar juga terdapat di Poland.

Tanya warga tua sahaja yang dibenarkan memakai topi di dalam bangunan kerana kanak-kanak atau dewasa dianggap biadap jika memakainya.

Terdapat restoran tertua di dunia yang dibuka pada tahun 1275 dan terletak di Wroctaw iaitu Piwnica Swidnicka.

Poland adalah sebuah negara yang menitikberatkan soal keagamaan dan patung Jesus tertinggi di dunia terdapat di negara tersebut.

Hari Valentine di Poland disambut pada 21 Jun setiap tahun. Pasangan yang menemui cinta dianggap akan bertuah dalam percintaan.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Bidang Pengajian Islam Di Mesir Menerusi Program Madrasah Daulah.

Ayuh Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Konsultan Pendidikan : 0196403977 (Pn Janna)
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here