Aktres terkenal tanah air, Fauziah Nawi menzahirkan rasa syukur dan bersedih atas pemergian anaknya, Pitt Hanif atau Mohd Firdaus Mohamad Hanif.

Mayat Almarhum ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang kira-kira jam 4.25 petang semalam  500 meter dari lokasinya terjatuh.

Penemuan itu seterusnya menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas Almarhum dikhuatiri lemas ketika memancing di lokasi tersebut jam 11 pagi semalam.

Jenazah Almarhum ditemui dalam keadaan baik dan cukup sifat walaupun sudah dua hari berlalu. Almarhum meninggalkan seorang balu yang juga seorang aktres, Farah Ahmad, 42, dan 3 orang anak perempuan pada usia 43 tahun.

Kronologi Kejadian

Dalam kejadian, bot fiber yang dinaiki Almarhum dan rakannya, Sham  Mokhtar dikatakan telah merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Almarhum tercampak ke dalam sungai dan dibawa arus

BACA JUGA :   Program Madrasah Daulah Peluang Pelajar Tanpa Sijil SPM Dan STAM Sambung Pengajian.

 

Antara rakan artis yang memberikan ucapan takziah di media sosial.

Jenazah almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat.

Majlis bacaan tahlil disempurnakan oleh Ketua Bilal Masjid Al-Ansar, AU2, Keramat, Shamsul Bahari Aminullah.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa.

Tambahan, pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   BAHAYA PRODUK KECANTIKAN EKSPRES YANG ANDA HARUS TAHU!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here