Bila kali terakhir anda menjejakkan kaki Indonesia? Ataupun belum lagi berkesempatan lagi ke negara jiran ini?

Indonesia sememangnya negara yang wajib di dalam senarai backpackers dan kaki travel, kerana selain tempat-tempat yang menarik dilawati makanan juga mudah didapati, halal dan pastinya sangat murah!!

JOM lihat senarai makanan yang patut anda masukkan dalam agenda FOOD HUNTING anda!

MARTABAK MANIS 

Martabak Manis ini merupakan makanan dalam kategori streetfood yang sangat popular dalam kalangan pengunjung luar negara apabila datang ke Indonesia.

Sekiranya anda penggemar makanan manis, martabak ini sangat sesuai dengan lidah  anda.  Martabak Manis ini mengandungi campuran keju, coklat, susu sejat, kacang dan bahan manis yang lain.

Tidak hanya martabak manis, Indonesia juga mempunyai Murtabak yang mengandungi pelbagai variasi daging seperti itik dan ayam, yang digelar Martabak Bebek yang hampir serupa dengan martabak di Malaysia

BAKSO

Bakso merupakan makanan nasional Indonesia yang mengandungi mee dan bebola daging dan bawang goreng diatasnya. Sangat disukai kerana harganya yang murah dengan portion yang sangat banyak serta senang diperolehi di mana-mana kedai di rantau ini. 
 

Nasi Uduk

Nasi ini merupakan salah satu makanan indonesia yang hampir sama dengan nasi lemak di Indonesia kerana dimasak bersama santan. Namun begitu kombinasi yang hadir bersama nasi uduk ialah ayam goreng,  sambal tempe, bawang goreng. Kebiasaannya nasi lemak  di Malaysia dinikmati pada waktu petang. Lain halnya di Indonesia, nasi uduk ini dimakan pada waktu pagi. Pada waktu malam, nasi uduk biasanya dimakan bersama ikan keli pecel.

 

Pempek

Pempek merupakan kuih fishcake yang mempunyai inti ikan. Kuih yang berasal daripada Palembang  ini  dijual dalam pelbagai bentuk dan saiz dan diisaluti tepung udang dan sos istimewa yang mengandungi cuka,gula dan cili. Pempek yang terkenal ialah pempek kapal selam, lenjer, pemper bulat, kult ukan, pistel, dan telur.

NASI PADANG

Nasi Padang ialah nasi kukus yang selalunya disajikan bersama Gulai Nangka. Makanan Padang lain ialah Ayam Bakar, Gulai Ati Udang Balado dan banyak lagi. Bagi menikmati Nasi Padang di kedai di Indonesia terdapat dua cara  iaitu dengan memesan makanan ini ataupun buffet style.

SIOMAY

Siomay juga bermaksud dumpling ikan Indonesia. Berasal daripada dumpling Cina iaitu Dhu Mai. Namun versi Indonesia mengandungi tuna, sardin dan udang yang pastinya halal.

 

Wahh, sememangnya sangat  pelbagai makanan di sini.

Tidak hairanlah Indonesia menjadi pilihan utama untuk melakukan aktiviti melancong, mengembara atau menuntut ilmu!

 

INGIN BELAJAR DI INDONESIA ? JOM SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!

 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- 

Customer service 1 :0189624322 

Customer service 2 :0182429322 

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 

Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here