Kemeterian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh atlet negara yang berhasrat untuk mengenakan pemakaian patuh syariah ketika menyertai pertandingan atau kejohanan.
Kementerian Belia dan dan Sukan
Namun menurut Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiada sebarang paksaan untuk mereka berbuat demikian.
Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Syed Saddiq turut menegaskan KBS yakin bahawa atlet dan persatuan sukan lebih arif akan kesesuaian dari segi pemakaian.
Pemakaian yang sesuai dapat mengekalkan dan memantapkan prestasi atlet.
Jenama Antarabangsa
Tambahan pula, jenama-jenama antarabangsa kian rancak mengeluarkan produk mesra muslim.
Nike menawarkan produk yang sesuai dipakai atlet muslimah. Usaha Nike adalah titik tolak daripada atlet wanita muslim yang mengalami kesukaran memakai tudung ketika beraksi.
Syed Saddiq memberi jaminan kementerian akan memastikan tiada sebarang diskriminasi terhadap atlet yang memakai pakaian patuh syariah seperti yang berlaku di sesetengah negara.
Jom Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)