Pasca pendidikan sekolah menengah, pasti ramai yang mengintai peluang ke luar negara dan mula memikirkan bidang yang ingin diceburi.
Antara yang popular dalam kalangan pelajar ialah melanjutkan dalam bidang pengajian Islam di Indonesia.
Tapi adakah anda dapat mengenal pasti universiti dan institusi pengajian tinggi yang berpaksikan pengajian agama di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang serta diiktiraf?
Universiti-universiti ini ialah Universiti Islam Negeri Suska, IAIN STS Jambi dan Universiti Ar-Raniry.
Universiti Islam Negeri Suska
UIN SUSKA mempunyai pecahan fakulti yang menarik yang memperlihatkan pendidikan agama di sini sangat menyeluruh. Antara fakulti yang terdapat di UIN Suska ialah Fakulti Syariah dan Hukum, Dakwah dan Komunikasi serta Fakulti Usuluddin.
-Fakulti Syariah dan Hukum
Di sini anda akan dapat belajar mengenai mazhab, hukum tatanegara, perbankan hukum perbankan syariah Ilmu Hukum dan ekonomi syariah.
-Fakulti Dakwah dan Komunikasi.
Melalui fakulti ini anda berpeluang mengambil Jurusan Pengembangan Ilmu dan Dakwah, Jurusan Ilmu Komunikasi dan Jurusan bimbingan kaunseling serta jurusan pengurusan dakwah
-Fakulti Usuluddin
Di bawah fakulti ini pula, anda boleh mengambil jurusan Aqidah, Jurusan Al Quran dan Tafsir dan Jurusan Perbandingan Agama.
Universiti Ar-Raniry
Universiti Ar Raniry mendapat namanya daripada nama seorang ulama besar dan mufti yang sangat berpengaruh, iaitu Syeikh Nuruddin A Raniry. Ulama ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia pemikiran Islam di Asia Tenggara terutamanya Aceh. Pada awalnya Ar Raniry membuka dua fakulti pada awal penubuhannya iaitu Fakulti Syariah pada tahun 1960 dan Fakulti Tarbiyah pada tahun 1962. Universiti selari dengan pembangunanya telah menunjukkan peranannya yang signifikan serta strategik untuk perkembangan masyarakat.
Kini Ar-Raniry mempunyai Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam, Fakulti Dakwah dan Komunikasi Islam.
IAIN STS JAMBI
IAIN merupakan Pusat Pengajian agama yang ditubuhkan pada tahun 1967. Terdiri daripada empat cabang fakulti iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Adab, institut pengajian ini berkembang sehingga ke Asia Tenggara dan menjadi antara pilihan pelajar di rantau ini untuk menuntut ilmu agama.
Pengiktirafan: JPA dan KPT
JOM MENDAFTAR SEKARANG!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Konsultan Pendidikan :0193350916(Cik Ummu)