Era 5G bakal tercetus tidak lama lagi. Banyak negara telah menunjukkan tanda-tanda sokongan kepada era teknologi baru iaitu 5G. Tema yang dipilih untuk 5G kali ini dikenali sebagai NR yang bermaksud “New Radio”. Yang bakal digunapakai oleh seluruh negara jika mendapat sokongan ramai.

Sekarang 4G digunapakai secara meluas di seluruh negara dengan rangkaian yang dikenali sebagai “LTE” iaitu Long Terrm Evolution.

Secara dasar rangkaian 4G sudah memadai dengan kadar kelajuannya untuk memenuhi permintaan teknologi masa kini kerana ia juga pantas. Namun, dikhabarkan kewujudan 5G kelak mampu memenuhi lebih lagi permintaan pengguna untuk melepasi tahap kelajuan yang lebih tinggi dan pantas.

Kita bermula dengan era teknologi 2G kemudian berubah kepada :

2.5G – GPRS

2.75G – EDGE

3G – UMTS

3.5G – High Speed Packet Access (HSPA)

3.75G – HSPA+ (H+)

4G – Long Term Evolution (LTE), LTE-Advanced

4.5G – LTE Advanced Pro

Disini kita dapat melihat era teknologi mampu bergerak sendiri sedikit demi sedikit sehingga mampu memonopoli industri-industri yang lain. Kini era 5G pula akan diperkenalkan. 5G mendapat sokongan terutama dari Menteri Komunikasi dan Multimedia di Malaysia iaitu Gobind Singh Deo.

Sistem keselamatan yang terancang juga sedang diusahakan Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama daripada negara-negara asia yang lain.

Perbezaan 4G & 5G & kesannya terhadap pengguna dan negara

5G mampu mencapai kelajuan melebihi 1 Gbps, berbanding kelajuan purata 4G yang mampu mencapai sekitar 100 Mbps.

Pengguna dapat menikmati kadar muat turun yang sangat pantas, terutama melibatkan fail yang besar.

Pengguna boleh menonton kandungan HDR dalam format definisi tinggi secara lancar walaupun melalui kaedah penstriman.

Begitu juga dengan permainan, pengguna dapat memuat turun permainan yang mencecah saiz sebesar gigabait dalam masa hanya beberapa saat sahaja.

5G dikatakan akan membawa kadar latensi rendah maksimum 4ms, berbanding 20ms pada rangkaian berasaskan 4G. Latensi adalah (tempoh waktu yang diperlukan untuk signal sampai ke sistem).

Antara yang tidak mampu dicapai 4G adalah pembedahan jarak jauh yang membolehkan doktor mengawal alat perubatan secara terperinci walaupun pesakit berada di lokasi yang berbeza.

Ia juga membolehkan kereta swapandu dapat diwujudkan, kerana ia dapat mengikuti input yang lebih tepat daripada sistem berasaskan awan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Upwork, platform pekerjaan secara bebas, Stephane Kasriell jumlah pengangguran global menyusut kepada 5.2 peratus pada 2018, terendah dalam tempoh 38 tahun.

“Penyelarasan antara pekerjaan dan teknologi membuatkan saya percaya bahawa pekerjaan pakar akan lebih banyak diwujudkan, lebih fleksibel untuk tempoh 20 tahun akan datang,” katanya dalam artikel yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Beliau berkata antara perubahan besar yang dilihat dalam sektor pekerjaan kini termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik di mana ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkepakaran.

“Tidak akan wujud kekurangan pekerjaan namun jika kita mengambil langkah yang salah (tidak melatih pekerja), kekurangan tenaga kerja pakar untuk memenuhi permintaan itu akan wujud.” katanya.

Ini tiga penyelesaian yang dicadangkan beliau untuk dunia berdepan perubahan sektor pekerjaan, kaji semula sistem pendidikan, ubah sistem perlindungan pekerja dari jaringan keselamatan kepada ‘trampolin’ dan berikan pekerja lebih kebebasan dan fleksibiliti.

PELUANG BELAJAR DI MAAHAD BUUTH AL-AZHAR MESIR (DARI 14 HINGGA 21 TAHUN SAHAJA) -KEMASUKAN DISEMBER 2019! CEPAT DAFTAR >>> Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here