SIAPAKAH DAULAH EDUCONSULT?

Daulah Educonsult adalah sebuah syarikat berdaftar (975521-H) yang dibina atas semangat dan keyakinan terhadap dunia pendidikan. Pendidikan pada hari ini merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam usaha menyusun ketamadunan seiring dengan perkembangan zaman. Daulah Educonsult percaya bahawa pendidikan dan pengajaran adalah hak yang wajar dikongsi oleh semua insan. Kepercayaan inilah yang dipegang oleh Daulah Educonsult dalam menabur bakti di dalam bidang ini. (sumber: DAULAH EDUCONSULT)

Antara khidmat yang ditawarkan Daulah Educonsult ialah:

1) Pengurusan pendaftaran, visa dan dokumen Penting.

Bersama Daulah Educonsult, prosedur ke luar negara akan menjadi lebih mudah!

2) Pengurusan Tiket Penerbangan.

Adakah anda gementar jika mahu terbang untuk pertama kali? Jangan risau! Bersama Daulah Educonsult, kami akan menguruskan sebarang hal ehwal penerbangan dari segi jadual penerbangan,  bagasi serta memberitahu makluman mengenai muatan yang boleh dibawa!

3) Pengurusan tempat Penginapan.

Kami akan menguruskan atau mencari penginapan pada universiti-universiti tertentu sahaja seperti di Mesir dan Universiti Sumatera Utara Indonesia! Manakala terdapat penginapan yang sudah disediakan di universiti seperti Kursk State Medical Universiti di Rusia.

4) Penjelasan mengenai lokasi dan keadaan geografi di benua asing.

Sememangnya, tinggal di benua asing tanpa panduan agak mencabar. Cabaran ini termasuklah dari segi memperolehi makanan yang halal bagi muslim, keadaan geografi, lokasi rumah-rumah ibadat serta kemudahan awam.

Namun, sekiranya anda  mendapatkan konsultan dari Daulah Educonsult,  anda berpeluang mengetahui info-info terperinci  mengenai negara yang menjadi tempat impian anda sambung belajar.

Universiti-Universiti yang kami tawarkan.

Antaranya Mesir, Poland, Rusia, Bangladesh dan Indonesia. Untuk lihat senarai universiti dan bidang pengajian yang ditawarkan boleh lihat di laman web Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult juga menawarkan program belajar ke luar negara yang memperuntukkan tempoh masa yang fleksibel misalnya Kursus Bahasa Arab di Mesir dan Jordan.

Selain itu, organisasi ini juga memberikan peluang belajar di Maahad Buuth Mesir bagi pelajar yang tidak mempunyai SPM dan STPM melalui program persediaan Madrasah Daulah.

             JOM MENDAFTAR SEKARANG! 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Konsultan Pendidikan :0193350916(Cik Ummu)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here