Samsung Galaxy Fold sangat inovatif, adakah berbaloi dengan harganya?

0
1393

Pernahkah anda terbayang memiliki telefon pintar Samsung terbaru dengan harga sehingga beribu? atau kawan anda sudah merancang untuk membeli telefon bimbit Samsung dengan harga yang boleh mencecah RM 8000? Kali ini Samsung telah mengeluarkan telefon pintar terbaru yang dinamakan Galaxy Fold. Berbaloikah harga tersebut dengan perisian yang disediakan?

SAMSUNG adalah salah satu jenama telefon pintar terkemuka yang telah dikenali oleh ramai orang di seluruh dunia. Tidak syak lagi tentang kecanggihan telefon Android ini dengan jenama Samsung. Dari permulaan reka bentuk dan kecanggihan peranti ini membuatkan ramai orang sanggup mengeluarkan wang untuk memiliki telefon pintar keluaran Samsung ini. Samsung telah mengeluarkan banyak keluaran telefon pintar yang canggih dari masa ke semasa. Mereka juga mengekalkan prestasi peranti agar pengguna berpuas hati dengan produk mereka.

SPESIFIKASI

Sistem operasi Android 9.0 (Pie)
Dimensi Unfolded: 160.9 x 117.9 x 7.6 mm(Frame)- 6.9 mm (Screen) / Folded: 160.9 x 62.8 x 17.1mm (hinge)-15.7mm (Sagging)
Berat 276 g
Skrin Dynamic AMOLED, 7.3 inches,Infiniti Flex 1536 x 2152 pixels
Chipset Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 (7 nm)
Processor Octa-core
Internal 512GB , 12GB RAM
Eksternal microSD, up to 1 T
GPU Adreno 640
Kamera Belakang 16MP Ultra Wide Camera + 12MP Wide-angle camera + 12MP Telephoto camera
Kamera Depan 10MP selfie camera +8MP RGB Depth Camera + Live focus
Bateri LTE model: 4380mAh (typical) dual battery5G model: 4235mAh (typical) dual battery
Pengecasan Pengecasan Cepat bersesuaian melalui kord kuasa dan tanpa wayar serta Wireless PowerShare
Harga 12GB/512GB RM8,388

 

Galaxy Fold adalah telefon mudah alih yang sangat inovatif dan menarik tetapi ada beberapa perkara yang dititiberatkan oleh pengguna mengenai kelebihan dan keburukan telefon pintar ini. Antaranya adalah peranti ini mempunyai Kesinambungan Apl yang membolehkan pengguna menggunakan satu aplikasi di paparan depan peranti dan apabila dibentangkan ke skrin yang lebih besar, aplikasinya akan tetap berfungsi. Ia juga boleh membuka beberapa aplikasi pada paparan yang lebih besar seperti membiarkan pengguna menstrimkan video, melayari Internet dan berbual dengan rakan sekaligus. Dalam aspek lain pula, ianya sangat mahal, paparan depan kecil, sangat besar dan berat serta teknologi kameranya satu langkah di belakang iPhone 11

 

Galaxy Fold boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Space Silver dan Cosmos Black, berharga RM8,388. Pembeli akan mendapat Galaxy Buds, travel adapter dan Aramid fiber sebagai casing phone. Kini Galaxy Fold dibuka untuk pre-order pada 9 October 2019 di Malaysia untuk sesiapa yang berminat dengan peranti terbaru keluaran Samsung ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Fold, layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-fold/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here