Teknologi 5G akan diperluaskan lagi bermula Oktober ini selepas majlis Pelancaran Ujian Teknologi Generasi Kelima (5G) di Putrajaya dan Cyberjaya yang dijalankan pada bulan April yang lalu.
Malaysia akan menjadi salah satu peneraju pengguna 5G, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Beliau juga mengatakan akan mempertingkatkan kebersediaan dan akses kepada infrastruktur digital dan ini telah menjadi asas kepada NFCP. Ia telah dilancarkan baru-baru ini.
“Kos pelaksanaan NFCP ini dianggarkan berjumlah RM21.6 bilion untuk tempoh 5 tahun bermula tahun ini dan kerajaan menganggarkan inisiatif ini boleh mewujudkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan termasuk kepada mereka yang berada di luar bandar”, menurut Gobind lagi.
“Peluang pekerjaan ini merangkumi aktiviti pembinaan, operasi serta penyelenggaraan infrastruktur digital,” di Persidangan GSMA Mobile 360 Digital Societies di Hotel JW Marriot.
Dan ini dapat membantu dan memberikan inisiatif bagi menaik taraf kehidupan rakyat Malaysia. Beliau juga memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan kajian berkenaan ID Digital Nasional bagi memastikan rakyat Malaysia yakin berhadapan dengan aktiviti ekonomi digital serta memantapkan lagi keselamatan Internet.
Dalam sesi di Singapura , dalam majlis Securing the Smart Digital Future’ yang diadakan di Singapura sempena dengan Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) 2019 yang lalu, sesi kali ini memberi penekanan atau permintaan kepada satu strategi keselamatan siber yang teguh dalam mengawasi, mengawal dan respond kepada ancaman digital.
Dan baru-baru ini, Maxis Berhad (Maxis) dan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd (Huawei) menandatangani perjanjian peruntukan rangkaian 5G di Malaysia bagi menunjukkan sokongan mereka kepada teknologi 5G.
PELUANG BELAJAR KE LUAR NEGARA DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN, FARMASI DAN LAIN-LAIN LAGI >>>
Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)