KINI ramai orang yang menangkap gambar dengan pelbagai cara, daripada menggunakan telefon bimbit yang biasa kepada kamera video yang professional. Harga aktiviti menangkap gambar dan mebuat video pada zaman ini boleh mencecah dari rm 5 sehingga beribu-ribu. Bergantung kepada pelbagai kegunaan. Kerana sesetengahnya menangkap gambar untuk berswafoto, tetapi ada juga sebahagian yang menangkap gambar untuk tayangan pawagam blocksbuster.
Banyak Youtubers amatur memuat video menjadi fenomena sehinggakan Youtube dapat mengait keuntungan berjuta setahun. Malah fenomena ini boleh dikira sangat dahsyat sehingga ramai yang sanggup bersaing untuk memuat video pada pelbagai tahap sehingga sanggup menghabiskan wang.
Bagaimana menjadi Youtubers yang cemerlang?
Pertamanya, anda hanya perlu menggunakan kamera dengan pencahayaan yang bagus, menghasilkan imej yang tepat.
Vloggers juga perlu mengasah kemahiran mengedit dan mempunyai komputer yang mempunyai kebolehan untuk kerja post production. Bagaimanapun sudah ramai vlogger yang menghasilkan video dengan tambahan/add on aksesori seperti tripod,gimbal, softboxes dan perakam digital yang berasingan.
Selain itu, Vlogger perlu mempunyai karisma dan sesuatu yang original untuk diperkatakan. Walaupun hanya menggunakan telefon pintar, jika anda berjaya menonjolkan diri secara kreatif pasti banyak penonton yang akan tertarik.
Bagaimanapun, menggunakan peranti dan beberapa variasi gadjet dan aksesori, pasti lebih memudahkan kerja membuat video anda!
Jangan lupakan kamera digital!
Kebanyakan youtubers menggunakan kamera digital untuk merakam video. Gunakan kamera yang mempunyai fungsi flip supaya anda boleh melihat diri anda dengan jelas di dalam frame.
Gunakan Telefon Pintar!
Pada zaman ini, rata-rata telefon pintar mempunyai fungsi untuk merakam video lebih kualiti daripada 1080p yang amat bagus untuk video di Youtube. Telefon Pintar juga sangat selesa digunakan terutamanya untuk mengembara yang juga digunakan oleh media antarabangsa BBC. Bagaimanapun, untuk penyediaan yang lebih rapi sewaktu travel, pastikan anda membawa tripod ya!
Bagaimanapun, kekurangan telefon pintar ialah menghadkan fungsi talking heads semasa vlogging di mana fungsi membenarkan anda melihat posisi anda di dalam skrin dan mengatur posisi anda supaya lebih kemas. Mikrofon suara di telefon pintar juga mempunyai had tertentu, dan hanya berkualiti jika anda berada bercakap pada jarak yang dekat. Oleh itu bagi mengelakkan masalah audio dalam merakam video menggunakan telefon pintar ramai vlogger menggunakan lapel mic untuk menaikkan kualiti audio.
Berikut merupakan aksesori tambahan untuk merakam video bagi pencahayaan pelbagai.
-Filmic Pro
-B softbox/LED array
– menggunakan aplikasi video editing yang kini semakin banyak di pasaran
Cara Klasik iaitu komputer riba.
Perlu diingatkan, webcam kebanyakannya mempunyai kualiti yang teruk. Bagaimanapun jika anda bertekad menggunakan webcam untuk membuat video anda boleh menggunakan Logitech C920 HD PRO. Menggunakan komputer riba untuk membuat video pastinya memberikan kelebihan dari segi kerja-kerja mengedit.
JOM SAMBUNG BELAJAR DI RUSIA !
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas dan boleh juga ke talian berikut: Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu) Konsultan adalah percuma!