Antara berpuluh-puluh universiti di Indonesia yang telah mendapat pengiktirafan dari pada Kementerian Pelajaran Malaysia, Universiti Sumatera Utara Medan adalah salah satu di dalam senarai tersebut. Semakan pengiktirafan DISINI.

Setiap tahun Universiti Sumatera Utara (USU) membuka pengambilan pelajar baru dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Pengambilan pelajar baru dijalankan setiap bulan September pada setiap tahun.

USU menerima pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajar Malaysia, Asasi, A-level, International Baccalaureate, Diploma atau Setaraf bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi.

Kepada yang mempunyai cita-cita dan impian untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan bidang yang ditawarkan di USU boleh mendapatkan maklumat lanjut dari wakil iaitu Daulah Educonsult yang menguruskan pengambilan pelajar baru USU.

Pengurusan dari segi konsultasi, maklumat lebih lanjut mengenai permohonan dan prosedur permohonan boleh dapatkan melalui Daulah Educonsult.

Kenali Universiti Sumatera Utara

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 Jun 1952. Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara untuk memenuhi keinginan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia umumnya.

Tawaran pengambilan pelajar Malaysia sudah dibuka semenjak pertama kali universiti ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia adalah :

ANTARA PROGRAM YANG DITAWARKAN & KENALI SETIAP FAKULTI

Perubatan

Fakulti Perubatan USU dibina pada tanggal 20 Ogos 1952. Antara visi adalah mewujudkan Fakulti Perubatan USU yang ditubuhkan pada 2014 menjadi institusi pendidikan perubatan terkemuka untuk menuju centre of excellence dalam tropical medicine dan oncology di Indonesia.

Fakulti Perubatan :ย http://www.usu.ac.id/fakultas-kedokteran.html

Pergigian

Fakulti Pergigian di USU pula dikenali sebagai Fakulti Kedoktoran Gigi Universiti Sumatera Utara (FKG USU) dibina pada 3 November 1961. Fakulti Kedoktoran Gigi USU memiliki sepuluh jabatan iaitu Jabatan Orthodontik, Prosthodontik, Pembedahan Mulut, Konservasi Pergigian, Periodontik, Penyakit Mulut, Pergigian, Lisan Biologi, Sains dan Teknologi Bahan, dan satu Unit iaitu Unit Radiologi Pergigian.

Visi bagi Fakulti Pergigian Universiti Sumatera Utara adalah menjadi sebagai Fakulti Pergigian pilihan peringkat Nasional dan Regional dalam menghasilkan graduan yang mempunyai daya saing global dan berwawasan enterpreneurship.

Fakulti Pergigian :ย http://fkg.usu.ac.id/

Farmasi

Manakala, bagi jurusan Farmasi, fakulti ini ditubuhkan pada pada tahun 1969 di bawah naungan Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) USU berdasarkan kenyataan bahawa sangat diperlukan tenaga Farmasi di Sumatera, dimana pada ketika itu di kawasan wilayah Sumatera hanya ada satu sahaja jurusan Farmasi iaitu di Universiti Andalas Padang, Sumatera Barat.

Visi fakulti farmasi pula untuk menjadi salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Farmasi pilihan di Indonesia pada tahun 2020.

Fakulti Farmasi :ย http://psfarmasi.usu.ac.id/ย 

TEMPOH PENGAJIAN

  • Perubatan โ€“ 5 tahun
  • Pergigian โ€“ 5 tahun
  • Farmasi โ€“ 4 tahun

Sedikit perkongsian video pelajar semasa kampus visit di USU dan juga aktiviti mini travel bersama dengan wakil Daulah Educonsult. Pelajar sudahpun memulakan sesi pengajian mereka di USU pada September yang lalu.

Sumber Video Credit :ย Daulah Educonsult

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

?ย Email : daulahmedic@gmail.com
?ย Website :ย https://daulahmedic.com/ย 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here