Memo yang Tersebar

Menurut satu memo yang tersebar pada 9 oktober lepas,  sebanyak 800 pekerja Utusan dan  Kosmo kehilangan pekerjaan didorong penghentian operasi syarikat itu akibat masalah kewangan yang besar.

 “Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.

“Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019, manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019,” kata kenyataan itu.

 

Kebergantungan kepada parti politik

Menurut satu sumber, utusan mempunyai kebergantungan kepada parti politik menyebabkan nasib akbar itu menjadi buruk. Sejak beroperasi lebih 80 tahun, syarikat itu dikatakan tidak terlalu bersandarkan keuntungan tetapi hanya kepentingan politik semata.

Ini dipersetujui oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan yang menyatakan penguasaan parti politik UMNO yang menyebabkan syarikat akhbar ini melemah.  Sedangkan kesatuan wartawan pernah membuat mogok pada tahun 1962 untuk menghalang akhbar Melayu ini daripada dikuasai UMNO.

Difahamkan pada 29 Okt, pihak pengurusan Utusan akan memberi taklimat khas kepada para pekerjanya dari segi status dan kedudukan syarikat dalam proses penggulungan syarikat.

Utusan Melayu yang telah berada di bawah pengurusan baharu juga, bercadang melaksanakan pengurangan tenaga kerja dan merombak jabatan editorial Utusan Malaysia dan Kosmo dengan akan hanya mempunyai  60 hingga 70 orang wartawan.

Sebelum ini, ura-ura penutupan syarikat akhbar bahasa Melayu tertua ini dinafikan oleh pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Abd. Aziz Sheikh Fadzir. Katanya, syarikat akhbar itu akan terus beroperasi walaupun telah berlaku peralihan dunia pemberitaan kepada media sosial.

Pada bulan Ogos lalu, syarikat ini mengambil langkah untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada Rm 1.50 senaskhah kepada RM 2. 00 senaskhah. Manakala harga Kosmo berubah dari Rm 1.00 kepada RM 1.50.

Parti politik UMNO turut memberi dana sebanyak RM 1.6 juta untuk membayar gaji pekerja.

JOM SAMBUNG BELAJAR DI INDONESIA !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- 

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Konsultan Pendidikan :0193350916(Cik Ummu)


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here