Kesemua tujuh orang pelajar yang menjadi suspek mangsa rogol di sebuah sekolah di Tawau, Sabah ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dibenar Duduki Peperiksaan SPM

Walaubagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin berkata Pegawai Pendidikan Negeri Sabah akan berhubung dengan balai polis di mana pelajar tersebut ditahan.

“Pelajar masih boleh menduduki peperiksaan SPM semasa tahanan reman. Kami pun baru dapat maklumat tentang penahanan mereka hari ini,” katanya.

“Kejadian ini amat menyedihkan kerana berlaku dalam kawasan sekolah,” tambahnya.

Kerjasama Dengan Kakitangan Sekolah

Beliau mengingatkan agar pengawal keselamatan menjalankan rondaan dalam kawasan sekolah dengan lebih kerap.

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Sambung Belajar Di KSMU, Rusia Menerusi Daulah Educonsult

Pihak pengurusan sekolah juga perlu mengunci bilik-bilik yang tidak digunakan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Kejadian melibatkan tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun dan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Daulah Educonsult menawarkan perundingan secara percuma dalam bidang pendidikan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Berpengalaman luas dalam menguruskan pelajar ke Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh, Turki dan Indonesia.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here